HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Tuesday, August 9, 2011

Buffet Ramadhan @JGCC



Assalamualaikum...

JGCC ni singkatan untuk Johor Golf Country Club. Alah tempat orang main golf. Dulu pakai nama RJCC (Royal Johor Country Club). Tak pastilah kenapa tukar.


Hari jumaat lepas aku dengan encik terhebat pegi berbuka kat sana. Dah pastilah angkut anak-anak sekali. Memang selalu angkut diaorang ke mana-mana pon. Dah alang-alang sampai sana kitaorang mainlah golf sekali. Memang tipulah tu. Sebenarnya ada majlis berbuka puasa merangkap majlis perpisahan untuk beberapa orang staf juga. Nak harap kami sendiri pegi sana memang takkanlah.


Seronoklah memang pegi berbuka ala buffet kat sana. Tak payah aku nak menitiskan peluh sampai membasahkan dapur. Hehe. Cuti masak memang syok ah untuk orang tak berapa nak rajin cam aku neh. Sila jadikan sempadan ya contoh yang tak baik ini.


Mari kita mulakan hari bahagia dengan gambar pasangan bayi comel.

zikry dan izz

Izz ni ada ciri gadis penyayang. Siap ambilkan kerusi untuk zikry duduk. Mestilah dia suruh orang dewasa ambik. Takkan dia boleh angkat sendiri pulakkan. 


Apalah zikry ni. Patutnya orang lelaki lah ambik kerusi untuk perempuan. Barulah berciri romantis cam Seth Tan. Takpa-takpa. Nanti mama ajar cara nak layan perempuan camna ekk. 


Diaorang ni pakat nak duduk berdua-duaan. Kecik-kecik dah pandai. Hehe. Padahal bapa mereka yang punya angkara.


Bapa, abang dan ibu izz

Diaorang sekeluarga ni bakal ke Australia seminggu sebelum raya. Ibu Izz akan melanjutkan pengajiannya kat sana maka ayah Izz (ofismate encik terhebakk) pon bercuti kerja selama 3 tahun sebab nak temankan isterinya. Iman, nanti pos kat auntie salji sama kangaroo ya. Auntie nak pelihara.


komposisi hidangan aku : nasi putih, nasi goreng, kuew tiow goreg, udang, sotong, 
daging dan nugget (kalau tahu tu nugget aku tak hambek) - lala pon ada tapi duduk
dalam pinggan lain


Harga buffet kat sini cuma RM28++ sekepala untuk dewasa dan RM13++ sekepala untuk kanak-kanak yang berusia 6 -12 tahun. Agak murah jugalah nak dibanding dengan buffet kat hotel lain. Makanannya boleh tahan sedap cuma tak berapa bervariasi sangat. Sepadan dengan harga. 


Selain lauk-pauk yang sengaja dipaparkan di atas ada lagi lauk lain yang aku tak berminat nak ambik terutamanya ikan. Memang aku pandang ikan tu sebelah mata je. Lagipon ikan yang dihidang berjenis murah. Itu nanti lain kali kat pasar aku boleh beli. Berlagak betul. 


Makan-makan buffet macam ni memang selalunya aku target seafood yang mahal aje. Sayangnya ketam dan kepah takda pulak. Manisan, kuih-muih dan buah-buahan pon ada tapi aku lupa nak makan sebab kekenyangan meratah udang.


ibu-ibu yang tidak kelihatan dalam gambar boleh makan dalam suasana yang harmoni kerana bayi-bayi dilayan oleh para bapa


bila nak teguk air kathira ni aku dengan tetiba teringat bujal


Berbelas tahun aku duduk kat Johor tak pernah rasa air kathira. Bila bujal kata air kathira johor sedap haritu baru aku terfikir nak cuba. Memang sedap dan kena dengan tekak aku.



Ulasan dari perut penulis

Bila tiba bulan ramadhan, hotel-hotel di sana-sini pon akan turut meriah mempromosi hidangan buffet masing-masing. Kadang-kadang harga yang ditawarkan agak mahal mungkin setimpal dengan kepelbagaian juadah yang dihidangkan. Tapi kalau jenis tong kecik cam perut aku ni agak merugikan berbuka dengan cara buffet macam ni. Bayar lebih makan kurang. Memang tak berbaloi.


Maka, tepuk perut aku tanyalah poket suami.

Dan semoga tidak terlupa bayar zakat fitrah.

Alang-alang menyeluk pekasam karangan ini telah ditulis maka,


"Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad my SuperKid yang direviu oleh Almiraz dan Halen
dan ditaja oleh Adorable Muslimah."











44 comments

August 9, 2011 at 10:05 AM

kita lom try lagi air kathira. nnt nak cari

August 9, 2011 at 10:16 AM

eh, betul la, tgk air katira teringat si bujal tu...ekekek...nampaknya bujal dah mempopularkan air katira..tak pasal2 aku pun dah terbabit try air katira tu...sekali sedap la...sekarang aku teringin giler rasa air katira yg kat johor punya...

p/s: murahnya buffet kat situ...

August 9, 2011 at 10:24 AM

murah la buffet dia~

August 9, 2011 at 10:24 AM

rm28 je??? murah!! kenapa la jauh sgt sampai ke sana??

ehem, hai rina! saya rindu awak. :D

August 9, 2011 at 10:25 AM

Bestnya...berbuka ala bufet hihihi kau cuti masak ya Cik betty....Bila pulak Cik Rose nak cuti masak nie...

August 9, 2011 at 10:26 AM

rina..saya pon takde berbuka kat hotel2 ni sumer..dahla mahal..pastu mkn sket dah kenyang..
lbh baik $$$$ tu spend tuk raya nnti..

August 9, 2011 at 10:34 AM

ermmmmmm cam sedap
leh try nie

Anonymous
August 9, 2011 at 10:42 AM

sume org dok belawan nak menang ipad2 ke ni

August 9, 2011 at 10:43 AM

rjcc tempat tu ok...penah sarapan kt sana

August 9, 2011 at 10:44 AM

Sy pun mcm awak. Tong kecik walau badan besar. Hahahaha. Sy elak dari mkn buffet setelah serik pd thn lepas. Makanan terbuang mcm tak ada apa-apa makna. Dan tahun nie, tidak sekali pun makanan tu dibazirkan. Biar tak ckp janji tidak terbuang.

Kan? Tp tak apa. Sekali-sekala nak merasa berbuka kat luar, apa salahnya...

Tp kreatif jugak entri nie. Bersahaja dan direct je. Cool! Good luck kawan!

August 9, 2011 at 11:27 AM

penuhnyer lauk di pinggan cik betty! tergoda i..hihii

August 9, 2011 at 11:30 AM

N3 serampang dua matalah ye...good luck!! Oklah tu. Lama dah kakak tak jejak di sini. Last pergi sebelum rebanding name masa tu masih lagi RJCC lagi sebab tournment....

August 9, 2011 at 11:34 AM

penuh pinggan tu... ;)

air katira mmg fav. hanya boleh jumpa time puasa je... ;)

August 9, 2011 at 12:04 PM

cik betty try makan dekat JB catering.memang hebakkkk.makanan banyak wohhh.ktorg memg suka buffet dkt sana.pasti kenyangggg HAHA.

August 9, 2011 at 12:05 PM

sotong ittewww sangat memikat matakuuuu

August 9, 2011 at 12:07 PM

selamat berjaya ya...semoga kita semua layak ke pusingan seterusnya

August 9, 2011 at 12:09 PM

cik betty...suka tengok

August 9, 2011 at 12:21 PM

ui...penuhnye pinggan..kite bufet kat dapur sendiri je.ceduk dari periuk terus ke pinggan..sedey..uhuk!

August 9, 2011 at 12:29 PM

kalau kite yg pergi situ, mesti tak rugi sebab tong perut kite besar. haha :p

August 9, 2011 at 12:39 PM

kalau mkn buffet mmg senak la perut..semua benda nak sumbat...
x penah try air kathira tu..

August 9, 2011 at 12:51 PM

hahahahah nnti adik ajar
fikry tu supaya dy lebih
romantis terhadap pempuan..
ekekeke..tu ar kn..
emak adik kat rumah ni..
time cuti baru nk masak
tuk berbuka..
huh..sob2.hehe

August 9, 2011 at 12:57 PM

perut da berbunyikkkkkkkkkk

August 9, 2011 at 1:10 PM

memang sedap dapat makan buffet time bebuka tak penat nak memasak hee.. amboi penuh pinggan makanan tu habis ke? air kathira tu memang menggoda betul la

August 9, 2011 at 1:10 PM

oh kak rina buat aku arghhhhhh!!!
blh tahan, agak berbaloi..nak jugak..hahaha

August 9, 2011 at 1:25 PM

tunggu2 bos ajak staff berbuka.hihi.tp mood bos cm selalu x baik je skrg ni.

August 9, 2011 at 1:59 PM

Aie Kathira lagi...!

jumpanya belom!

August 9, 2011 at 3:44 PM

murahnya harga buffet..kat sini RM 80++ bagai..ishh2x...

air kathira tu air apa?

August 9, 2011 at 4:07 PM

banyaknya lauk..kat tmpt prince buffet mmg agak mahal sikit la..

prince pun nk tanye gak air kathira tu mcm mane?

August 9, 2011 at 4:22 PM

murahnye.. berbaloi dengan hidagan..

August 9, 2011 at 4:54 PM

sedapnya air kathira .....cik betty...nanti dah ada kangaroo...bila dah biak bg la saya seekor dua ya...

August 9, 2011 at 5:48 PM

aiyo mana mau carik air katira?menggoda iman..rindu sama johor lor!hehe...

August 9, 2011 at 9:07 PM

sekali sekala bila berpose nak gak rasa2 menu diluar.. ye dak??

August 9, 2011 at 10:55 PM

ayat rina mmg sgt selamba tapi kelakar hehe..

ari katira mmg ingatkan pd bujal...minggu ni kalau blk johor kampung mak,kena cari jugak.tak bley jadi hehe

August 9, 2011 at 11:19 PM

wah.. xam grand lak tempat ne.. harga die pon berpatutan gak kn.. lagi2 kalau orang support.. lg berpatutan.. hehehe

August 9, 2011 at 11:46 PM

wah kak! air katira, sedap!
saya kalau bulan puasa ni taknak ke buffet.. rasa cam membazir je.. makan tak banyak mana pun kan kak..

August 10, 2011 at 12:10 AM

seronokny dpt mkn sama2... :)

August 10, 2011 at 1:20 AM

good luck


sebut pasal makan buffet serius cik ina surrender, tak pandai sapa bawak cik ina mesti rugi.dah tengok banyak cam tu otomatik perut jadi kenyang.

August 10, 2011 at 3:41 AM

bulan posa nie... buka kurang sikit... mkn cikit aja... huk huk huk.... cenggana nak berbufet... adoi...

August 10, 2011 at 8:55 AM

teringin pulak akak nak rasa air katira tu.. ramai yg kata sedap.. akak ni jenis berbaloi2 klu makan buffet tu.. sbb makan byk.. he..he..

August 10, 2011 at 12:14 PM

untungnye dpt mkn sponsor...

bile la sya nak rasa...

tpi mmg buffet ni tak berbaloi utk org yang tank kecik kan...

August 11, 2011 at 2:03 AM

macam mana rase air katira tu? x penah rasa.

August 11, 2011 at 4:39 PM

nyum..nyum...tak penah gi makan buffet ni...next week br plan nak cuba

August 27, 2011 at 12:00 AM

Buffet mmg buang duit, minum air je terus dh kenyang, tapi, i tak pernah pulak minum air katira...entri yg straight to the point...bagus, tapi kena kreatif sedetik lebih lagi utkmenang ipad...hehe

Anonymous
July 21, 2013 at 11:38 PM

Bole x bg no cntct bufet rgcc?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal