....Tak pandai buat kek jangan salahkan resipi. Kikiki.
Assalamualaikum :).
Heh. Sebenarnya malas betul nak update. Tapi kalau tak update macam gatal jer tangan nak update.
Yang sebenarnya mood macam lari sikit minggu ni. Lari sikit jer. Taklah sampai nak lari dari rumah sebab takut nak buat presentation (syyyhhh..buat apa nak bukak pekung di dada kan kahkahkah).
Alkisahnya, hari sabtu kemarin aku balik kluang lagi. Macam kerap balik pulak sejak akhir-akhir nih. Misti emak bosan tengok muka aku anak-beranak terpacul tiap-tiap minggu. Nak ngabehkan bogheh omak ah tu kahkahkah. Taklah. Nak buat cemana dah kena balik kan.
Bila balik rumah emak, aku pon jadik semangatlah nak buat kek lagi. Sebabnya kat rumah emak ada peralatan lengkap tak macam kat rumah aku. Jangan kata mixer, pengayak tepung pon nan hadoo.
Semangat lagi membuak-buak lepas kejayaan buat kek coklat haritu. kahkahkah. Itu pon nak bangga seantero dunia kan. Padahal kak limah dah tahu lama dah buat kek tu haha. Sian. Terbatuk-batuk kak limah kena sebut walhal aku tak kenal pon sesapa nama kak limah kecuali hantu kak limah kahkahkah.
Semangat lagi membuak-buak lepas kejayaan buat kek coklat haritu. kahkahkah. Itu pon nak bangga seantero dunia kan. Padahal kak limah dah tahu lama dah buat kek tu haha. Sian. Terbatuk-batuk kak limah kena sebut walhal aku tak kenal pon sesapa nama kak limah kecuali hantu kak limah kahkahkah.
Kali ni misi aku agak adventurous sket. Adventurous sangat ah kan. Yerla dengan memula nak carik bahan kat jusco taman u tu. Bukan banyak pilihan sangat pon. Beli bahan ala kadar sebab nak save budget. Haha. Boleh gitu?
Lepas beli bahan muka incik papa dah senget-senget semacam macam nak bahankan aku sebab dah terguna budget beliau nak buat road tax kahkahkah.
Sebenarnya tu ketawa penyesalan. Disebabkan hal tu teros beliau padamkan angan-angan aku nak beli supplemen cantik. Terpadam teros mimpi nak berkulit mulus pipi kaler pink-pink macam irine nadia marshmallow T__T .
Sebenarnya tu ketawa penyesalan. Disebabkan hal tu teros beliau padamkan angan-angan aku nak beli supplemen cantik. Terpadam teros mimpi nak berkulit mulus pipi kaler pink-pink macam irine nadia marshmallow T__T .
Tak yah nak teruja sangat ah kahkahkah. Bukan menjadik sangat pon kek tu. Paling tak puas hati dengan cream cheesenya. Aku tengok video joy of baking tu dia boleh jer sapu-sapu creamnya. Aku nyer cairrr semacam jer. Haih. Dah kata tadi dah. Aku tak salahkan lantai berlakunya kejadian tragis seperti ini.
Dah. Bosan giler cerita aku nih.
Sebelum tu, aku kasik tauladan sikit lah ye dari cerita aku. Moga bila korang baca adalah hasilnya jugak:
1. Kalau dalam resipi cakap guna minyak sayur tak yah gatal nak guna minyak kelapa sawit.
2. Kalau tak suka bau kuat tak yah ah guna cinnamon powder dalam kek walaupon resipi suruh guna. (mak sama incik papa tak suka bau ni. semut pon tak suka. takda semut sudi hinggap kek aku.)
3. Lain kali kalau nak buat kek mahal tunggulah gaji masuk kikiki.
nota-noti:
Baru tahu yang buttercup adalah bukan sejenis butter.
42 comments
takpe...kalau kite tak cuba kita taktau camne kan.bila dah cuba kita dpt ilmu skit.seronok mencuba menda2 baru ni tp cam rina kate la mmg kena tggu gaji.ehehe...sama la ratu.kalau tengah2 bulan mmg tak berani nk cuba buat respi baru.kena plak bahan dia mcm2.tp ratu pun lom pernah cuba tau carrot kek ni.ntah bila nk cuba agaknya... :)
tengok gambar macam sedap je
tak ada salahnya mencuba seuatu yg baru...bila dah rajin baut bayk kali InsyaAllah akan menjadi dgn jayanya.
Hihi..saya pon bkn reti buat2 kuih ni. reti bg semangat jer
akakni lagi tak leh nak salahkan lantai sebab langsung takut mencuba... takat buat kek yang akak tahujer... so tak leh salahkan sapa2 salahkan diri sendirijer...
tapi okjer kektu pada pandangan akak.. janji sedapkan...
yg penting tu leh mengalir...tu yg lbh terliur....syuuurrrrrrpppppp
apa yang No lihat adalah semangat rina bab2 buat eksperimen ni..No mmg tabik sebab No lame beno tak buat huhuhuhu...
cuba lagi rina..No pasti rina boleh punya...
hurmmm..nampak macam sedap je rina..
takpe.. belajar.. dan belajar..
hoho... nak salahkan lantai lagi ke?
alahai smut pun t.sudi...smpai hati smut itu kkihkihkih
akk dh resign buat smntara wktu bake2 neh, malas hahaha tunggu ry thn dpan
kira ok la tu berani mencuba. ai?? mmm nan hado la... hahahaha
da tu~kek tu masih ble dimakan tak?
orang pompuan memang patut selalu uba resipi baru kan.. hehe.. cm sdap je kek tu sis. :)
wahhh ... makin rajin awak membaking .. saya tak cuba2 lagi ... lg pun rumah saya tak de mixer sbb sy tak pernah buat kek ... huhuhu ...
nasib baik le rajin jugak nak membaking sendiri kalau gi baking kat kedai kek semedang sampai bilo2 tak rethi nak buek ke tu hahhhh....
sy belum ready nak buat kek sb confirm x jadi..hahaha..
first time tgk carrot cake..ingatkan donut tadi..hehe..
kek itu tetap nmpk mengancam di mata akak tau rina.. tahniah..
besarnya kek. melimpah ruah cheesenya. kenyang ni
hah? yeke cik rina? buttercup bukan butter ke. bistu, boleh guna utk wat kek kan?
BAGUSLAH KALAU SEMUT TAK MAHU HINGGAP..HEHEHE...
Tak apa. Dalam masak memasak ni, cubaan yang gagal tu perkara biasa. :) Chef pun cuba berkali-kali baru dapat rasa yg dia nak.
Jadi, never give up
@bujal X
bolehlah bujal..dh habes pon dah hehe
@eLL
buttercup ialah sejenis lepa susu..sbb butter sebenar agak mahal buttercup jd alternatif utk buat kek tp rsnya kurang sedap berbanding butter sebenar..
kalau sy..
bila nk try satu2 resepi tu...sy ikut sejibik2 tkde ubh2..
kalau tak menjadi..mmg sy salahkan resepi tu...hahaha... :P
Menjadik jugak tue cik betty....hihihi mesti sedapkan....
oklah tue...ko kira berani mencuba...saya ni buat kek guna tepung segera..terer...kahkah.
hai dah rajin buat kek ya? sama la kadang2 saya buat kek menjadi kengkadang jangankan semut, semut kepala hitam pun tak sudi nak jamah kek saya sebab tak tedap hee... dalam banyak2 kek yg saya buat kek batik je yg selalunya tak cukup.
kalau buttercup tue bukan butter, abes dia fmly ape?? huhuhuhhhh
Bila dah rajin mencuba itulah yg semakin gigih nak terus membaking. Kakak nie malaslah rina...
sedapnya..
boleh meniaga ni..
wah ..hebat tu dah buat kek karot
kita berangan je nak buat ntah bila
bahan2 semua dah beli..hihi
ingt kan bantal sapew la tadi.. kek carrot upenye.. haha
BELUM BERANI LAGI MENCUBA BUAT KEK CARROT ...NAMPAK GEBU JE
although i don't see it in a real one, but i do sure this is so called yummylicious cake! you're so good at baking actually..hehehe. sedapnya!
tapi nampak sedap gilaaaaaaaaaa je walaupun akak kata cheese dia tak jadi. hehe. kalau takmau bg kat saya !! :D
sayang , mungkin cream cheese tu terlebih gula ye.kek dah cantik. cheese akan jadi cair kalau telebih gula. lenkali cuba lagi. makin rajin adik ni.
tak sedap pun takpe,len kali leh cuba lg..yg penting boleh makan,hihi..
heheh...kek carrot? cam sedap je...
ahaks...x pasal2 bajet untuk bayar benda lain..da digunakan untuk perkara lain kan :p
hahah..ok latu..janji boleh makan
tgok dr gambar macam menjadi jer.cuma cheesenya jer kot cair..
sy selalu buat kek yg pakai budget murah2 je...duit sendiri katakan.muahahaha...
@Cik Ina Do Do Cheng
thanx cik ina sbb bg jawapan pd kemusykilan sy hehe
kite pon tak suka sgt perasa kayu manis tu kak. rasa pelik, huhu.
hari tu kite baru berjaya buat coklat kek. haha bangga lah jugak. :)
takpe. prektis lagi rina. saya pun dok prektis membaking ni. kalau agak tak jadi kite buat lagi. kalau jadi boleh le bagi kat bakal mak mentua. heheheh~