HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Sunday, March 13, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (REVIEW SESUKA HATI AKU AJE)

Assalamualaikum..

Jalan² bergembira hari Ahad. Mr papa ajak tengok wayang. Sukalah sangat. Cerita pilihan untuk ditonton: Hikayat Merong Mahawangsa. Cerita sesuai seisi keluarga. Pilih seat tepi sebab dah agak baby zikri mesti nak notti. Siap bawak nasik goreng dengan grilled kupang dalam wayang hua hua hua. Pop corn saiz besar wajiblahkan.



Keseluruhan cerita oklah. Kira hebatlah. Lain sikit. Takdalah stereotype filem melayu. Banggalah sebab ini produk dari Malaysia. Dengan bajet ciput dan tenaga kerja minima. Tak bolehlah nak banding dengan Troy, Pirates of Carribean atau Lord of The Rings.

Watak adiwira Merong Mahawangsa dilakon dengan baiklah oleh Stephen Rahman Hughes (tak reti ah eja nama dia). Karakter ada nakal² sikit macam pirates of carribean. Cumalah kalau Remy Ishak bawak watak ni macam ngam jugaklah kan. Eh? Suka² hati aku aje kan.

Craig Fong bawak watak laksamana cina. Memang masuklah watak tu dengan dia. Memang nampak macam pahlawan cina. Cuma babak dia kurang menonjol sangat melainkan waktu dia mati. Jadi macam tak feel sangatlah bila dia mati. Tak dapat nak selam kesedihan perasaan watak yang dekat dengan dia. 

Putera Rom - macam tak kuatlah sangat. Yelah mana boleh lebih² kan. Ini bukan hikayat putera rom

Puteri Cina - oklah..sesuai². Inang dia ying ying penambah perisa cerita. Lucu.

Embok memanglah sesuai dilakon oleh Ummi Nazeera. Cuma kuranglah babak romatik antara Merong dengan Embok (babak apa kau nak betty oi..ini bukan hikayat cinta merong mahawangsa..agak²lah kan). Jadi sikit jela sedih dapat rasa waktu Merong tinggalkan dia (kau expect apa cik betty? nak nangis sampai lencun baju?).

Yang paling aku tak menahan ketawa..watak pawang oleh Rahim Razali. Ntah kenapa aku ketawa. Tapi aku ketawa. Dua kali pandang aku teringat watak pakcik janggut putih gandalf ke gondolf ke apatah aku tak ingat dalam lord of the rings. Tetiba je aku rasa lucu tengok penampilan pawang nih. Kalau M. Nasir jadik pawang nih ngam jugaklah. Bukanlah maksudnya Rahim Razali tak bagus. Cuma aku suka² nak tukarkan pelakonnya macam akulah pengarah filem.

Watak si penjahat Kanmawas ke apa tah namanya dilakon dengan baik juga oleh Khir Rahman. Cumanya aku lebih biasa tengok Khir pegang watak penjahat yang macam lucu rasa nak lempang jadik aku nak ketawa jugak tengok kejahatan dia. Perasaan yang patut adalah marah atau geram. Barulah feel bila dia kena bunuh dengan Merong. Sekali lagi aku nak jadik pengarah filem jadi dengan berangan aku nak kasik watak ni dekat Fauzi Nawawi sebab body dia tough sikit dan muka dia sangat menjengkelkan kalau jahat. Rasa nak tumbuk².

Mr papa pulak tak suka dengan suara latar. Hah..apalah pasalnya ya. Suara latar pun nak ambik kira.

Sekarang cikgu bagi markah ye. Daripada 10 cikgu bagi 8. Tak boleh bagi penuh. Apapun tabik spring dekat KRU sebab mampu hasilkan filem yang BEST!

17 comments

March 14, 2011 at 1:03 AM

wahhh..dah tengok ye..

ye lah..tak boleh nak banding dgn filem2 CGI Hollywood yg mana bajet mereka 10 kali ganda lagi besar..at least KRU dah mencuba..

cuma saya rasa watak MM tu patut diberi kpd pelakon yg berwajah melayu tulen..

March 14, 2011 at 1:38 AM

daddy ziyad: tulah sy bg cadangan bg watak tu kat remy ishak..heheh

March 14, 2011 at 4:05 AM

dah tengokl ke? bestnya , makcik tak de kesempatangn nak pegi, mungkin tunggu cd keluar.sokong daddy ziyad, mm tu sepatutnya dilakonkan oleh pelakon melayu.

apa-apa pun , good job untuk 3 orang adik beradik ni, yang berjaya keluar dari kepompong filem tempatan.

March 14, 2011 at 8:33 AM

best..best..best..

March 14, 2011 at 9:13 AM

saya lum tgk lagi....belum ada kesempatan huhuhhhh

March 14, 2011 at 10:11 AM

cik ina:hah tgk kat cd tak syoklah..beli yg ori ha jgn cetak rompak

prince: dah tgk heh?

sahrom:gi tgklah x rugi bg sokongan kat filem tempatan yg berkualiti

March 14, 2011 at 10:35 AM

Minta maaf ye lambat reply semua komen tue....sekarang dalam proses nak membalas semua komen-komen yang diterima...

bestnya cik betty dah g tengok...bila la tuan tanah nak bawa tali barut comey nie erk...

March 14, 2011 at 11:06 AM

tak leh g panggung le..tp lam astro first dah ada..Abang macam tak berminat lak nak langgan No pun mcm kureng juga..tp klo Abang langgan No leh gak tumpang skaki hehe..

March 14, 2011 at 11:14 AM

shah: hehe..takpela..sy ingat tuan tanah x dpt komen² yg ditulis atau tak sudi nak terima..haha..sedih ah..

pegila bwk tali barut comey tu semua..tak rugilah..amik seat tepi takut yg comey boring lak hehe

No: No apa kaba? 2 hari tak nampak..eh? mcm la nampak kan..hehe

dlm astrofirst dah ada ekh? tgk wayang lg syok No..kalau takat citer hantu kak limah bolehla tgk astro first..

March 14, 2011 at 12:26 PM

emm.. tunggu cd je la .. sush nk ke panggung skrg nk kena heret anak2 sekali..

March 14, 2011 at 12:29 PM

mesti lah dah layan..hehe

March 14, 2011 at 2:01 PM

nak tgk jugak.

March 14, 2011 at 2:55 PM

siap bawak nasik goreng dalam pawagam.. kelas cik betty.

March 14, 2011 at 2:59 PM

halila:haha..mmglah susah bwk budak² comey tu semua kan..baby zikri pun sama..menotti jer dlm wayang..tak selalu tgk wayang..bila ada citer yg cam betul² gempak baru pegi..

prince: hehe..

akushj:pegilah..ajak pakwe kalau ada..hehe

March 14, 2011 at 4:10 PM

lekit: tu mr papa punya kerja..dah lambat nak jugak order nasik goreng..kan dah kena tapau masuk wayang..

March 15, 2011 at 12:33 PM

tak sempat nak tengok lagi...xde mase

March 15, 2011 at 11:43 PM

sha:haha..masa tu ada..tp sha dah guna semua masa yg ada..merapik aje sy nih..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal