HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Saturday, April 9, 2011

Maharaja Lawak Astro 2011 : Komentar Peribadi Penonton Tegar

Assalamualaikum..

Huh! Gembira. Dalam seminggu sekali ini sajalah peluang menonton TV dengan bahagia bersama² satu keluarga. Kalau tidak TV pun bosan asyik mentayang siaran kartun berulangkali dengan penonton yang cuma seorang saja setiap kali. Kalau boleh bersuara dah lama TV keluar suara bentak-bentak.

Beberapa tahun sebelumnya lama sudah betty berangan-angan astro akan buat rancangan macam ini. Nak tengok sapa yang betul hebat buat lawak di kalangan raja-raja lawak. Akhirnya terlaksana jugak. Astro nih macam tau² saja keinginan penonton tegar. Walaupun kadang² benci astro tapi kadang² tak benci.



Kelompok peserta peberet utama betty inilah dia:

Jozan
Siapa mampu nafikan gabungan lawak diaorang. Diaorang memang ada kimia bersama. Kalau melawak secara tak berkumpulan kurang umphh sangat. Minggu pertama tak berapa nak menjadik. Malam tadi dah jadik. Johan memang pakar tiru gaya Yusuf Haslam. Terbahak² betty gelak bersama mr papa. Harap diaorang terus menjadik² nanti.

Nabil
Lawak berdiri - berlakon dengan pasangan halimunan memang kepakaran Nabil. Dia ni bagi pendapat hati betty kategori pelawak yang bijak. Susunan cerita kemas dan difahami. Dari dulu pun begitu. Boleh pulak main sambung² lawak yang tak sempat nak habis dari minggu lepas. Pertuturan lawak dalam bahasa negeri sembilan jadik kelebihan. Hadooii. Pecah usus den. Eh. Biarlah dengan kes² moral dia tu. Takda kaitan pun dengan lawak.

Sepah
Nama asal kumpulan diaorang ni bukan Sepah kut seingat betty. Mungkin sampah ke sumpah atau hampeh. Tak ingatlah. Tapi kalau tak salah ingatan Fauziah Nawi mintak ditukar nama yang lebih kedengaran elok. Lawak diaorang boleh buat betty ketawa terutama Jep.

Kelompok peberet kelas kedua:

Man
Tak berapa nak konsisten. Kejap lawak kejap tak berapa nak lawak kejap langsung tak lawak. Baiknya dia ni asyik tersengih sepanjang masa.

Balas
Boleh tahan. Diaorang ni pakar mengguna istilah haiwan, kuih dan jugak perkataan biasa jadik kuning. Memang macam menyampah. Dah trademark diaorang kut. Tapi dikira bolehlah nak ketawakan jugak lawak diaorang. Kalau tidak takkanlah letak bawah kategori ini.

R2
Boleh tahan jugak. Yang adik tukang bagi bahan yang abang tukang lawak bahan. Kira baguslah kimia pasangan ini.

Jambu
Kombinasi Yus dengan Tauke. Bersesuaian dengan nama kumpulan diaorang setiap minggu pakai baju warna jambu. Minggu pertama hot pink. Malam tadi pink cair. Minggu depan entah. Boleh tahan jugak. Masih bolehlah nak gelak.

Ini pulak kategori tak berapa nak peberet atau memang tak peberet mengikut turutan. Kiranya bawah sekali tu agak kasihan dengan lawaknya. Bagi peluanglah. Ini baru minggu ke-2. Manalah tahu secara tetiba mereka mendapat anugerah bernilai. Orang kata tuah ayam jadik KFC tuah manusia makan KFC.

Jiehan
Alex
XN3
Amir
Why








notajari:
Ketawa itu penawar duka.





17 comments

April 9, 2011 at 12:42 PM

tp sgt benci astro bila mggu dpn ML takde lg kat prima.sungguh benci sbb takde warna.and tak munkin beli jugak smata2.

April 9, 2011 at 12:52 PM

hoooooo.teringin pulak nak tengok kan.tp dpt tgok dkt youtube aje lah.huhu~

April 9, 2011 at 1:10 PM

sy l0m sempat na tgk Mahharaja Lawak ni, kak tp peserta feberet sy, "MAN"..

April 9, 2011 at 1:17 PM

kadang2 kesian juga tengok peserta ni .. yg dah glamour baru sebut sikit pun org dah gelak.. tp yg setakat suam2 kuku ni dah la tak berapa nak segak.. kesian pulak tengok.. mungkin bukan semua ada rezeki dlm dunia seni.. tp bak kata Rina tuah ayam telur pun dh kena klon..

April 9, 2011 at 5:04 PM

disebabkan tv aku terpaksa mentayangkan cerita pada 611 itu.. maka review dari sini jelah untuk aku dapatkan maklumat sikit... :)

April 9, 2011 at 10:02 PM

maharaja lwk best...pling ske jozan...hehehe

April 9, 2011 at 10:11 PM

wah cik betty jadi pengulasan rancangan tv.. apapun enjoy baca ulasan cik betty. Man tu memang sejuk mata memandang walau tak hensem sbb dia suka senyum. senyum kan penawar duka

April 9, 2011 at 10:19 PM

Abang kemain ajak No tengok, skl No dengar ujong2 telinga je..mata takleh nak bukak la rina huhuhu...tp dengan semangat teman gak Abang walopun kejap dengar kejap tak hahaha...mgu lepas pun No tak tengok..Abang la tukang cerita balik hehe..tp mgu depan klo No nak tengok kene beli 'warna' la..Abang kata pandai astro nak tambah 'pendapatannya' hehe..

April 9, 2011 at 10:53 PM

kehkeh bagus la betty review..sangat setuju dengan semuanya..

April 9, 2011 at 10:54 PM

Minat juga Rina ngan lawak ye..tapi betul lah, senyuman itu pemanis wajah, ketawa itu penawar duka..
oh ye, Rina jom join 1st GA akak.suka2..mana tahu ada tuah..:)

http://arianasstorys.blogspot.com/2011/04/arianas-story-1st-ga.html

April 10, 2011 at 12:11 AM

bagusnya entry nie..
sebab ayu dah 2 kali tak dapat nak tengok maharaja lawak

April 10, 2011 at 10:56 AM

hehe..mmg xkan tengok la sbb xde astro..

April 10, 2011 at 11:04 AM

Nelly tak tengok .tak de astro ..hahahaha

April 10, 2011 at 12:12 PM

Nabil berada pada kelasnya tersendiri. Pada Tira Nabil patut berada pada kedudukan teratas, Kedua sepah dan ketiga baru Jozan. Tapi Mamat Khalid cakap Jozan ada ramai follower jadi dia terselamat disitu. Hehehe.

April 10, 2011 at 12:53 PM

hahaha...sangat best ulasan cik betty...namun JAMBU tetap pilihan hati!lawak yus mmg sempoi! hahaha...

April 12, 2011 at 9:46 AM

suka Jozan juge!! sipenyapuburuk.blogspot.com, jom singgah~

April 12, 2011 at 6:55 PM

gb nak WAI keluar dulu boleh? sebab tak suka dgn emo salah seorang peserta atas pentas. tak profesional. minggu depan amir, jihan dan lain2 boleh keluar pulak. heheheh~

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal