HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Saturday, April 2, 2011

Akademi Fantasia 9: Amy Search, Aznil, Blogger

Assalamualaikum..

Aznil dan AF..sangat dekat. Bagai isi dengan kuku. Ibarat AF kalau takda Aznil macam isi tak berkuku. Ataupun berkuku tapi cagu. Menyakitkan. Menyedihkan. Buruk.

Bagi yang belum mengetahui betty bagitahu. Papa rock Amy Search pengetua AF9. Sukaaaa sangat. Agak² ada apa² kesan tak siapa memegang watak pengetua AF?

Eh. Ada blogger dapat masuk AF9. Amir dari Sarawak. Tunang Amir pun blogger jugak dan ada buat contest: "MENUJU PUNCAK GEMILANG CAHAYA : AMIR AF9". Siapa mahu join cepat². Tukang promosi tak bertauliah.

Betty dan AF? Oh. Sangat rapat. Dan kemudian kurang rapat.

AF1
Masih belum rapat dan tak tahu kewujudan AF. Masa ini betty masih di alam perdatingan dengan mr papa. Heh..kalau malam sabtu memang liat dia nak diajak keluar. Alasannya dia nak tengok AF. Tengok tu. AF lagi penting daripada gelfren.

AF2
Dah berkawen dengan mr papa. Sedang mengandungkan Nur Zuhairah Batrisyia. Gigih menonton setiap minggu.  Minat mendalam kepada Zahid tapi masa itu saja. Nasiblah kau Zahid dapat peminat tak setia macam betty. Nasiblah risya keluar tak berupa si Zahid. Kalau tak haru!

AF3
Heh. Minat sungguh jitu kepada Mawi. Eh. Entahla. Sejak dari konsert tirai dah jatuh hati. Tapi sekarang dah ambil balik hati. Maaflah Mawi. Saya buruk siku. Risya dah lahir masa ni. Layan sama² dengan dia.

AF4
Fuh. Memang membosan. Cuma suka seorang saja. Yang pandai nyanyik lagu orang putih lama tu. Apa ke tah namanya. Dah mengalami sindrom kelupaan.

AF5
Alahai. Malu nak khabar. Betty suka sangat dengan Dafi masa ni. Chumeeel sangat. Sekarang tak minat dah. Eh. Biasalah. Memang tak pernah setia.

AF6
Cuma ingat ada Stacy saja. Dengan AC yang asyik mintak tepukan. Layan tak layan. Jadi ingat² lupa.

AF7
Zharif Zikry dah lahir. Sukalah dengan Hafiz. Sukalah lagu awan nano. Zharif Zikry pun suka. Terlopong dia kalau dengar lagu ini di TV. 

AF8
Kejap layan kejap tidak.

AF9
Belum tahu mahu layan atau tidak. Andai kata ditakdirkan betty dan AF bertaut kembali mungkin kerana Aznil dan Amy Search.


9 comments

April 2, 2011 at 10:59 PM

klo tak silap AF4 tu farhan kan..masa tirai nyanyi lagu lama skang cam senyap je...hahaha, no br je tengok AF tp sekerat jalan..ntah le boring kot..

mmm sama la time AF3..tsuMAWI hahahaha..skng pun macam boring je ngan mamat tuh hehe...

April 2, 2011 at 11:39 PM

pengetua nya may search ??? wah baru tahu nih bee sukaaa..

April 3, 2011 at 1:12 AM

emm .. rasanya AF1 pun tengok sikit2 je,, Tp kalau raja lawak hehe.. layannnn.. entahla program nyanyi2 ni tak berapa gemar la..

April 3, 2011 at 1:42 AM

tak suke tgk AF starting AF4 huhu.. paling minat Adam kot stkt ni :)

April 3, 2011 at 3:04 AM

yeahhhhhhhhh....amy rock steady!!!!!!!! sempoi!!!!

April 3, 2011 at 6:18 AM

whoahhhh setia dengan AF.hehe.

April 3, 2011 at 10:57 AM

aah lame tak lyn af...smpai mawi kot

April 3, 2011 at 11:18 AM

PEMINAT AF YE..
JOM TENGOK GAMBAR BEST!!
JOM KE: ALL IN ONE

April 3, 2011 at 6:17 PM

bak kata fafau, layan~
tapi saya tak layan sgt
layan pun msa af 6, si Nubhan tu
haha.. mcm akak jgk tak setia
hohohoho

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal