HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Wednesday, May 18, 2011

Memilih Untuk Berseronok

Assalamualaikum..

Dua hari lepas aku berseronok di Melaka. Menginap di rumah adek. Sebenarnya dalam seronok ada sikit tak seronok. Seronok pasal dapat jalan-jalan satu hari suntuk. Tak seronok pasal line celcom macam haram kat rumah adek aku. Jangan kata nak blogwalking nak bukak blog sendiri pon tak boleh. Hari isnin tu ok lagilah. Aku bolehla jugak jengah-jengah blog kawan walaupun broadband semput semacam. Hari selasa kiok terus. Agaknya taman desa baru tak termasuk wilayah celcom kot? Celcom, sila amek perhatian!

Oleh sebab ketagihan nak membebel kat blog sendiri, AWAS entri ni akan menjadi sangat panjang. Suka hati koranglah nak baca ke nak scroll janji hati aku puas. Hahaha. Pilihan pada mata anda. Pilihan menulis panjang adalah di tangan yang menaip.

Nak diikutkan Melaka bukanlah tempat yang patutnya aku seronok sangat nak pegi. Pasal aku memang dah membesar dan bersekolah kat sana. Tapi sebab namanya jalan-jalan maka aku memilih untuk berasa seronok. 

Flash back ke hari isnin yang seronok.

Menelusuri pengembaraan di Banda Hilir

Setelah suami menyelesaikan kerja-kerjanya, aku ajak suami ke Banda Hilir sebab nak makan Cendol Jam Besar. Aku terbaca kat blog orang yang menggembar-gembur cendol di sini enak. 

Singgah di Dataran Pahlawan. Suami ajak makan di restoran asam pedas berdekatan. Restoran ada asam pedas pemes tutup. Lantaran itu kami ke restoran bersebelahan. Asam pedas jugak. Besar-besar dia tulis. Aku terpengaruh. Jadi memilih asam pedas sebagai lauk santapan. Tapi hampeh. Sedap lagi mak aku masak. Ops. Tak boleh banding masakan restoran dengan masakan emak. Sebab emak masak semua sedap. Baiklah. Aku banding dengan asam pedas aku sendiri masak. Sedap lagi aku masak.

Setelah makan dan membeli-belah sedikit-sedikit, kami mulakan pengembaraan menggunakan kaki. Walaupon ada perkhidmatan beca yang cantek-cantek tapi kami tak naik beca. Demi penjimatan wang. Walaupon anak aku merengek nak naik beca. Tapi tak dihirau.

Sambil mengembara kami singgah mengambil gambar sebagai tanda kami pernah sampai ke sini. Berkali-kali aku kesal kerana takda memiliki kamera dslr. Dan berkali-kali jugak menjadik bahan gelak suami aku. Minah tak minat gajet macam aku berangan nak ada kamera besar gedabak macam tu? Ok. Lupakan. 

Jadi gambar-gambar kenangan hanya diambil menggunakan iphone 4 milik suami. 


pokok berbunga purple ni cantek sangat. kalau ada kamera besar gedabak tu bolehla amek cantek-cantek. 

i malulah. mari mulakan pendakian bukit st paul ini.

meh aku nak try amek gambar. baru separa pendakian.

melepas batuk di tingkap. ini sebenarnya runtuhan gereja st. paul.

banyak peniaga jalanan di sini. di hujung sana tak berapa nak kelihatan seorang lelaki sedang bermain imbang patung burung.

kakak sya mencuba imbang patung burung dan dia berjaya. lihat burung di bahunya dan di hujung jarinya.

peace ya. sekarang kota afamosa aman dari peperangan.

oh. lihat di sana anakku. tekun petani kerja (dalam nada menyanyi lagu budak darjah 3)

papa macho mistilah bergambar di meriam yang macho juga.

Sudahlah. Aku tamatkan saja cerita pengembaraan ini. Tangan aku penat. Korang yang memilih untuk baca keseluruhan cerita ini juga pasti penat. Korang yang memilih untuk scroll sila baca semula. Kahkahkah. 

Bye. Nak lepas dendam blogwalking satu hari suntuk. Kalaulah boleh. Tuntutan dapur sedang memanggil. Aku bogwalking sedikit-sedikit saja dulu. Nanti petang aku sambung singgah blog korang.













43 comments

May 18, 2011 at 10:49 AM

ada pekena ikan bakar parameswara tak???

May 18, 2011 at 11:11 AM

Melaka adalah tempat yg best untuk jalan2 dan menembak. shopping pun syiok gak kot.

dah pegi beberapa kali tapi tetap ada ceruk yg tak jengah macam yg rina jengah tuh. ok, dalam masa terdekat ni, GB akan pergi jengah melaka sekali lagi. tunggu...

May 18, 2011 at 11:33 AM

Teringin nak ke Melaka.. Mak bapak baru balik dari holiday gak ke sana dengan abang.. Ermmm..

Entry Terbaru : Usop Wilcha Nak Jadi DJ Radio???

May 18, 2011 at 11:38 AM

wah seronoknya jalan2 Melaka.sy penah pegi Melaka tapi tak habis round pun.sobs sobs.mungkin, tggu blik Msia nanti :)

May 18, 2011 at 11:58 AM

thnks singgah =) rara follow sini =)
nanti rara pn nk g sana lah =)

May 18, 2011 at 12:07 PM

zaira taman desa baru tu dekat rumah makcik aku tu.. len kali buleh jumpa.

May 18, 2011 at 12:17 PM

wah2..bercuti2 di melaka ye cik betty..puas x jalan2 di Melaka tu..byk sgt tmpt sejarah disana..

May 18, 2011 at 12:46 PM

wahhh seronoknyer..bunga nak sangat p melaka..hehe...nak naik beca..haha

May 18, 2011 at 1:03 PM

saya yang dok melaka ni pon lom habis jalan lagi kat bandar hilir tu kak.. maklumlah, mengharapkan rombongan sekolah dulu la untuk melawat tempat bersejarah ni :)

May 18, 2011 at 1:22 PM

kg nabilah kt melaka...hehehe..tp kn x pnah pown naek beca...

May 18, 2011 at 1:25 PM

kalao bw je , kesian anak-anak akak nnt . hehe

cantek gambar :)

May 18, 2011 at 1:46 PM

Pernah pegi Melaka 2 kali je .. jauh la kalau nak p selalu.. emm .. saya bukan peminat asam pedas... suami kata alang2 nak makan asam pedas baik makan laksa.. kurang lebih je kan cara nak buat,, tp ni kata suami sy la..

May 18, 2011 at 1:49 PM

amboi syoknya jalan2 makan angin yea.. :)

May 18, 2011 at 2:25 PM

sampai habis akak baca & tengok gambar kat entry ni.. he..he.. seronoklah berjalan2 ke melaka yer..

May 18, 2011 at 3:46 PM

taman desa baru....dekat dgn Kolej Manipal tu yer..? :)

May 18, 2011 at 3:54 PM

NAK BANGGA JAP.CENDOL JAM BESAR YAN PERNAH MAKAN :D

May 18, 2011 at 4:02 PM

seronoknye rina dapat p sana...No tak pernah sampai lagi tau..hahaha ketawa No dibuatnya dek penulisan 'komplen' kali ni hahaha...No bace sampai abis tau rina,...punya la semangat nak tau jalan cerita hehe

Anonymous
May 18, 2011 at 4:06 PM

Cendol Jam Besar.. Hurm pernha gak dengar tu. Tapi yang best kalau kat Melaka ikan bakar dia. Huhuhu..

May 18, 2011 at 4:08 PM

tq semua yg bagi komen..sy dah baca semua tp sy jwb pd yg bertanya ya..

sahrom: takdalah..next time pegi sy carik ikan bakar tersebut weee

fazz: laksa sy x gemar tp asam pedas (johor) sy suka..setahu sy lain cara buatnya..

nabilah 2908: rsnyalah..hospital pon dekat kat situ..

May 18, 2011 at 4:21 PM

Seronoknya...Cik betty jalan2 ya..hehehe..dah lama tak pegi melaka..huhuhu

May 18, 2011 at 4:27 PM

No: haha..bnyk komplen eh?

May 18, 2011 at 4:29 PM

Assalammualaikum Rina, teringat kenangan silam masa saya study kat Melaka dulu...rindu nk ke sana lagi..:)

May 18, 2011 at 4:34 PM

Melaka memang best.. banyak tempat boleh pergi.. farah tak ke menara taming sari je lagi.

May 18, 2011 at 4:38 PM

tak nampak pon kak bunga kaler purple nye. -_-'

May 18, 2011 at 4:55 PM

kami dan mereka: tula kan..psl takda dslr lah nih..hehe

May 18, 2011 at 5:14 PM

amboi ..betul2 jalan sakan ~
confirm hilang segala stress ~

May 18, 2011 at 5:26 PM

fuhhh ni pakai iphone ja pun gambaq dah cantik2..belum pakai dslr lagi niii....sangat bahagia famliy cik betty..saya doakan cik betty n family bahagia selalu.....apapun semua gambar2 ni menceriakan dan cantik2...comel anak2 cik betty!

May 18, 2011 at 6:17 PM

skrg profile & blog sy dah blh di klik x?dah ade link x?ce tgk de prob. cam sblm ni x?sy dah betulkan setting..tQ yea bagitau klu x smpai ke sudah sy x tau..

May 18, 2011 at 6:21 PM

"fuhh pi melaka pulak dah...Dah lama tak pi melaka,last pi sana bawa ank2 naik beca,kesian pulak tgk pakcik kayuh beca tu..heran kenapa org muda belia tak nak kayuh beca..sb kerja tu tk glemer kot..huhu...agaknya lah.."

May 18, 2011 at 7:27 PM

wow jauh perjalanan dari gunung ledang menyelusuri A Famosa Melaka Plak lepas tu blogwalking plak. hebat kamu ni.Jauh perjalanan luas permandangankan betty. apasal skema plak cik ina ni.

May 18, 2011 at 8:37 PM

kak,letaklah gmbar bnyak2 lagi.jat suka tgk gmbar.hihi

May 18, 2011 at 8:40 PM

tak pernah sampai melaka lagi..bestnya..

May 18, 2011 at 8:52 PM

naik beca tu mahalkan...tp kesian tgok orgyg bwk beca tu yg tak naik.melaka best jugak.nti nk pergi lg..:)

May 18, 2011 at 9:42 PM

Lama dah tak datang ke Melaka...

Gajah Liar . Part 2

May 18, 2011 at 9:49 PM

Melaka, dah lama tak gi lah , tapi itu kampung sendiri.. eh tapi bukan a famosa hahhaa... entah bila lagi nak gi melaka kan

May 18, 2011 at 10:28 PM

melaka mmng best,walaupun makcik baru pergi...tapi tetap nk pegi lagi...hehehe...ikan bakar kt pangkalan balak pun okay jugak...

May 18, 2011 at 11:14 PM

best gak dapat merasa jalan2 Melaka.. saya Melaka tu gi lawatan je.. tu pun tak bejalan tempat2 lain.. teringin gak nak berjalan2 tang melaka sana...

May 19, 2011 at 12:33 AM

wahh... cuti haritu kitapun pergi melaka gak... pangkalan balak... by the way... tumpang gembira tengok gambar awak sefamily... aduh seronok hodiday dengan family... nikmatnya tak terkira... kan-kan-kan?

May 19, 2011 at 12:54 AM

byk2 tmpt kat m'sia, sy slalu pi melaka. just saying :P

May 19, 2011 at 8:41 AM

waahh bestnya dia round melaka dgn family...

yaya lalu je bandar melaka tu.. tak drop pun...hihi

May 19, 2011 at 10:25 AM

KU PERNAH JEJAK KAKI KAT SITU SEMUA...KECUALI TEMPAT MAKAN CENDOL..AHAKS...

BULAN DEPAN BERPELUANG KE MELAKA LAGI..STAY PUN TEMPAT SAMA...TP CAM NAK TOLAK JER..BIAR MEMBER PULA RASA...SIAN DIA TAK PERNAH KE MELAKA...

May 19, 2011 at 1:44 PM

ahaa tk penat semua komen diatas pun saya bace ..seonok jalan2 kan kalao ade camer cantik dah boleh ambik gambar lomograpi cantikkkk !!

May 23, 2011 at 3:21 PM

wahhh asal melaka ke?...hehehe...
kg mina kat sana la...hihihi...

syok duk melaka..semua ada.....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal