Assalamualaikum..
Entri review ini diminta oleh teman blogger chekgu azrine.
Tak pandai sangat nak review tapi memandangkan dah 3 tahun risya belajar kat sana bolehlah kut nak share secebis pengalaman (ceh frasa sastera tak nak kalah) yang ada.
Yuran?
Yuran smart reader memang kaw-kawlah. Kopakkkk beb. Sebulan RM275 plus transport RM30 jadiknya sebulan kena spend RM305 untuk yuran. Tapi ini bergantung kepada center ya. Yuran ni untuk center SR Pulai Perdana sahaja. Mungkin lain center lainlah jumlahnya.
Itu untuk bulanan. Masa pendaftaran lagi kopak tapi lupalah plak berapa.
Cikgu smart reader ok ke?
Setahu sayalah, cikgu-cikgu smart reader diaorang kena pegi kursus kut untuk jadik cikgu smart reader. Tapi ini saya kurang pasti. Ada antara teacher dekat SR Pulai Perdana yang ambil kursus TESL. Kiranya bukan sembarang orang lah boleh jadik teacher SR.
Dari segi personaliti cikgu garang ke baik ke itu tengok centerlah. Ada center yang ok cikgunya. Ada center yang cikgunya tak ok. Alhamdulillah. Kat SR Pulai Perdana ok jer teachernya. Kalau garang pon sebab budak kecik kan memang nakal. Kenalah ajar untuk disiplin juga kan.
Kat sini modul pembelajaran agak tough juga. Budak-budak memang diajar betul-betul sampai pandai sesuai dengan standard SR. Alhamdulillah. Masa umur 5 tahun risya dah boleh baca melayu dan inggeris dengan lancar.
Walaupun tough ada modul yang menarik kat SR macam
.....kindercooking.
Antara aktiviti lain sepanjang risya kat SR,
Risya masa pegi lawatan ke desaru farm. Masa ni dia baru 4 tahun. Saya sengaja tak ikut supaya dia boleh belajar berdikari walaupon dalam hati risau bukan main.
Masa festival sains. Olok-olok saintis muda hihi.
Apa yang buat saya hantar anak ke SR (Pulai Perdana)?
First, sebab dekat dengan rumah lah.
Second, sebab center SR Pulai Perdana tu kecik. Bila kecik teacher takdalah tamak nak amik budak ramai-ramai kan. Jadi percentage diaorang nak fokus kat anak kita tu besar sikit.
Third, sebab perasaan saya macam happy tengok suasana center SR Pulai Perdana tu haha. Eh. Tak lucu pon kan. Gerak hati ibu pon boleh digunapakai juga tahu.
Fourth, sebab bahasa pengantar SR adalah sepenuhnya bahasa inggeris.
Tu jelah kot.
Apa pon tadika mahal atau murah bukanlah penentu bagus ke tak sesebuah tadika tu. Tengoklah kepada citarasa dan kemampuan masing-masing kan :).























