Pelik dengan sesetengah sikap ibu bapa. Anak kecik umur dalam setahun lebih camtu dibiarkan main seorang diri kat tepi jalan. Budak kecik yang agaknya baru pandai jalan tu nampak macam tertarik benar nak melintas jalan raya. Heran jugak bila tengok sekeliling tak nampak kelibat maknya. Rupanya maknya tengah duduk dalam rumah, pagar rumah dibiarkan terlapang.
Memanglah jalan tu tak sibuk tapi cuba bayangkan budak kecik tu tetiba meluru ke tengah jalan masa kereta ke bas sekolah ke lalu atau mat rempit datang gila merempit pagi-pagi kat situ. Tak ke naya.
Lepas tu bila kereta kami berhenti - dengan niat nak tolong anak kecil tu daripada terus merayap tak ketentuan hala, elok jer dia datang kepada kami. Kalaulah, kalaulah yang berhenti tadi bukan kami tapi geng upin-ipin penculik kanak-kanak memang dah selamat dah budak tu kena bawak lari. Sebab memang mudah benar.
Bila kami panggil maknya kat dalam rumah, mukanya selamba sahaja. Malu ke atau rasa kami ni penyibuk ke tak taulah. Langsung takda ucapan terima kasih. Kami pon tak hadap sangat terima kasih tu cuma kesal dengan kecuaian dia.
Baca tak kes budak perempuan kena bunuh kat rumah dia? Jiran dengar bunyi jeritan tapi tak pegi tengok sebab ingat gaduh dengan ahli keluarga. Kes tak nak masuk campur lah ni. Tapi kesian kan. Kalaulah jiran dia kaki penyibuk.
28 comments
setuju Rina.. kat kawasan rumah rin pun gitu gak.. huhu
memang ada orang cam ni kat dunia ni... kalau tak, tak ada la peribahasa dah terhantuk baru tergadah!
kaki penyibuk demi ambil berat tak apa..jangan jadi kaki sibuk utk mengata..
ishh.. memang ade orang macam tu kan..
tulah kelebihan duduk kampung. semua jiran penyibuk. jadi lebih selamat. hehehe
takut juga ..kalu tetiba leka tak perasan kelibat anak...minta dijauhkan...
memang tak bertanggungjawab betul lah kan ibu yang membiarkan anak2 macam tu.. tak rasa bersalah betul.. nanti dah kena baru nak salahkan org lain.. huhhu
jgn sampai sudah terantuk baru terngadah!! rotan maknya hihihi..
huhuhu ada jugak jenis org cmni.huuuu~
hidup berjiran zaman skrg x macam hidup berjiran zaman dulu..pelik..
bahayanya la....dah x larat nak jaga ke apa? kesian anak dia...
dah lah buat tak reti bila anak main kat luar.. tak tahu berterima kasih pulak tu.. tp selalunya mcm tu, selagi tak kena kat batang hidung sendiri mmg tak beringat..
betul sebab ratu sanggup benti keje sbb nak antar n amik anak skolah.janji sme selamat.
Sy rs, mak die tu ptt di babap bontotnya dgn rotan. Hahahaha...
BEst entri nie. Biarlah jiran tu kaki penyibuk. Sbb kaki penyibuk tulah yg akan berguna satu hari nanti.
=(
mmg ada org mcm ni..kalu sy eeeeeeee
x oernah nk biarkan ank main sorang2.. lg2 tepi jln tu.. bahaya btl biarkan ank gitu je.. ni main kt depan rmh pon..lya akn selalu awasi.. teman skali.. kt xleh jangka apa y akan tjadikan.. buatnya pculik y dtg
awat tak tampar jerr mak dia tu..haha...kejam betul CM..kih kih..
Takkan nak tggu nasi dah jadi bubur baru nak menangis tak berlagu..nak kata tak syg anak..ibu mana yg tak syg anak..tak tau lah akak nak kata apa, golongan mcm ni..
sibuk bergosip la tu emaknye :(
budak kalau dapat kaki memang pintu pantang terkangkang...
mak dia tu belum kena btg hidung sendiri...
kes yg kat Taiping tu ke? saya rasa kalaulah mak bapak skrg peka dgn anak2...tgok2 gmbar yg mcamana mereka upload,baca status mereka kat FB...mungkin kah gejala rogol dan bunuh yg makin berleluasa puncanya dr internet? penjenayah tinggal tunggu peluang je...
nak tunggu dah kena baru nak menyesal. sama gak mcm kes culik..biar anak rayau2..lepas tu anak hilang bru nk kesal.
penyibuk masyrakat kita lebih kearah lain. kat tempat cik ina cam tulah caranya, budak kecik dibiarakan main sorang diri tanpa pantauan ibubapa. malas nak tegur kang kalau tegur katanya tak bermasyrakat.
@Pok Amai-Amai
tulah maksud sy fara, kalaulah jiran dia kaki penibuk mungkin nyawa budak perempuan 16 tahun tu dapat diselamatkan..mmglah dah takdir tp at least do something kan..
bila anak dah hilang..baru la sibuk2 nak nagis..keluar tv bagai..tampal poster merata...
hmm..bab jiran ni..kadang2 kita kena jadi penyibuk juga..tp biar berpada2.. :)
kadang2 chii pun x paham gak ngan sikap sesetgh ibu bapa yg x kisahkan anak2 nya..dibiarkan main..sampai kadang2 tu kepala da benjol sana sini..tp dibiarkan gak..
agaknya kalo da berlaku sesuatu yg serius kat anak dia..baru nk mnyesal kot..
No setuju la rina..sll No tengok kawasan rumah teres kat seblah kaw No ni..kadang2 time magrib dorang bia je anak2 dorang terkedek2 jalan sensorang p mengaji..aish..
tu la..No ade baca dan tengok berita gak pasal budak tuh...kesian kan..
ada certain org jenis yg memang lepas tgn kak.jenis x kisah anak dia bt apa pn.kalau kat mall,biarlah anak dia pnjat tarik apa pun,dia biar je.huu
izan pun rasa benda yg sama kat sini, ada je anak2 kecil dibiarkan main sorang tanpa perhatian parents dia tak kira waktu. baru2 ni dah kena denggi. kawasan rumah dia jugalah yg penuh dgn tanam2an.
tak salah jadi jiran yg penyibuk kan.