As-salam.
Korang jenis yang sukakan flora dan fauna?
Jom mengembara bersama cik kiah ke Taman Negara Pulau Kukup, Johor.
Mujur iphone encik papa dah pulih lepas kena CPR. Kalau tak korang bacalah karangan SPM 5 mukasurat lagi kikiki. Dah nyelam dalam air masa kat SINI sampai tinggal nyawa-nyawa ikan alhamdulillah berjaya dipulihkan.
Rombongan cik kiah tengah tunggu bot nak angkut diaorang balik indon :p.
Harus ada tempelan wajah bakal jejaka idaman malaya ni.
Bot dah belayar. Dekat je pon nak sampai seberang. Kalau korang suka boleh berenang kuak lentang.
Bergambar kat signboard wajiblah sebagai bukti dah sampai.
Tengok-tengok pokok bakau. Replika agaknya.
Nak lalu jambatan gantung boleh. Tak nak lalu pon boleh. Masa nih ada sorang ahli rombongan (saper ler gamaknya tu eh??) meraung-raung masa lalu kat sini. Kesian dia. Dahla ketar lutut sebab gayat, ada pulak mamat dengki pegi goyang-goyang jambatan tu. Mujurlah mamat tu suami aku, kalau mamat lain memang dah kena pelempang sedas dua.
Tak yah tergoda dengan senyuman aku, baca yang kat belakang tu je :p. Masa ni ahli rombongan cik kiah yang lain pegi panjat menara 5 tingkat. Mak tak kuasa nak manjat. Gayat.
Asyik tengok muka aku bosan pulak korang. Tengok wajah orang lain pulak. Masa ni nak balik dah.
Singgah kelong beli belacan dan keropok. Diaorang ni tengok ikan suka meludah. Ikan sumpit namanya. Sia-sia kena kahak ikan haha.
Dah penat mengembara, wajiblah melantak pulak. Lupa pulak nak tengok nama warung tepi jalan nih. Rombongan cik kiah sampai macam nak roboh warung dia. Mee bandung ni masin sikit. Nak kata sedap sangat tu tidaklah. Nak kata tak sedap langsung macam tak patut. Yang penting udangnya banyakkkk. Tu yang sedapppp.
nota-noti:
Baru perasan fauna dalam cerita di atas hanyalah udang HAHA. Kat hutan tu macam biasalah. Ada monyet yang suka kacau orang bawak beg plastik, ada rimau (ini tipu), ada babi (ini betul). Dan tiada sesiapa pon di antara ahli rombongan yang bernama Cik Kiah.
37 comments
nampak menarik tempatnya.
cantik mmg cantik, tapi tak sanggup lah nak guna titian tu, seram
best apa naik jambatan gantung tu
Hi-5!Saya pun gayat jugak!Haha...
Best nampak tempat ni, balik Johor nnt boleh roger kalau sempat..
best jugak yea ..rasa cam ni gak kt sini..sedapnye mee udang ni..nampak cedapp :)
Bestnya..ni mcm Taman negara kat Phg juga..tp akak x pernah sampai pun..
Banyak2 gambo akak suka yg Rina ngan Cik abg kat signboard tu sbb terserlah " kecomelan" Rina..suka tgk..hehe
Banyak nya udang dlm mee tu..msti segar2 ni..
wah2..berjalan je erk rina.. chomel je rina.. macam kanak2 riang gayanya.. mcm orang belum beranak.. hehehe
Rina, dulu mak ayah selalu bwk kami g sane. Kenangan tau...
Psst! Awak nmpk mcm anak dara. Dgn gaya tudung yg stailo.
ikan suka meludah? 1st time chii jumpa
..ehem..sapa la gamaknya yg meraung2 time naik jambatan tu kan..tgk pd anak2..semua eppy je bergambar..ahahah
ala...
rina tak pi naik bukit ker??
kita suka. tapi.. rina dok preggy kan???
heheheheh
nampak best sgt rina.. akak sekeluarga mmg suka pergi tempat2 macam ni.. p/s: comelnya rina ni.. lembut sgt muka dia..
cam biasa masuk blog ni je gelak2 sorang2..
haa ai tau sapa yg gayat itew..hehe..seronok kan jalan ngan family..
gambar kat signboard tu bertiga je? risya la tu jadi tukang amik gambar...
sy pun gayat naik jambatan gantung tuh...
mee bandung byk udang..nampak cam sedap...
alamak! Aku dah tergoda dengan senyuman itu la...
da lame tak makan mee bandung la :))
hihi..kalau jat gayat..kesianlah org 2 kena sakat.huhu
ada babi??ish tak bahaya ke jalan kat sana?
x sedap ek mi bandung dye?? nmpk cm sedap je.. :)
area2 belah pontian sn ek kak?huuu
k.rina ni keciknyaaa...hee..comel sgt!
bila gambar dekat2 ngan suami awak tu baru perasan yang awak ni mmg comel heee...
mee bandung tu nampak sedap je dalam gambar banyak udang plak tu terliur sekejap.
saya suka gak gi tempat2 camni, tapi sejak dah kawin ni jarang dapat menikmati keindahan flora dan fauna.
mcm menarik tpt nih yer...sejuk jer mato memandang pemandangan nyer....
sama lah kite kak.
gayat sangat.
masa nak lalu kat jambatan dekat sunway lagoon tuh punya lah lama semata-mata sebab takut. naseb lah kan. hehehehe.
dah la bulan 3 ni member ajak pergi rock climbing lah flying fox la. memang tengok dari tepi je lah kan. hehehehe
wah jalan2 naik bot ye...best jugak kan skali skala melayan naik bot.tgk alam sekeliling...
haha pengembaraan yg best wpun yg mengembaranya spesis gayat punya org!
hmmm...
dah lama tak buat aktiviti mcm ni. terasa macam nak mengimbau zaman belajo je.
:D
wah ! best2. tapi kite tak pernah sampai sana lagi. hehe
hari tu kite sempat p tanjung piai je. hehehe :)
sedapnya makanan..udang timbul tuh..
akak pun dah pernah bawa budak2 ke tempat ini..sesekali menghirup udara laut..rasa gerun di tengah2 lautan tuh yee..
jambtaan gantung...huhu...petuanya..jgn pandang bawah...
bestnya..lama tak cuti2...
masa saya pegi kilim pun ada jumpa ikan sumpit ni...
pegi ramai2 macam ni best kan..
baca kat belakang tu seram "yg tidak berpenghuni" lebih baik tgok gamba rinaa..hehe
kamu kah yg gayat tu,,hehe
Wah, cantik jambatan gantung tu. Kalau buat photoshoot kat situ pun cantik ni.
Salam Cik Betty,
Bestnye... Hutan Paya Bakau ke 2 terbesar di dunia! Wow! Yg first terbesar di mana ye? Kena amik tau ni...
Seronok ek naik bot :)
uish..sy tertarik la pulak kt tmpt ni... :)
muka anak akak sebijik macam akak! :)
tak pernah pegi... teringin plak...
seronoknya...dapat ke sana...bila pulak cik rose nak pegi nie hehehe