Semalam langit cerah tapi hati aku mendung. Kenapa? Aku pun tak tau. Buka belog pun hati aku masih rasa sunyi. Nak hiburkan hati aku main2 contest. Tapi hari ni langit mendung tapi hati aku macam bersemangat. Semangat nak buat entri, macam2 benda aku nak tulis. Dari pagi dah plan nak tulis apa tapi depan lappy ni lain pulak benda yang aku taip. Hari ni customer pun ramai yang call nak beli Green Fit. Customer pun jenis yang peramah. Seronok pulak aku berbual mesra dengan dia. Kalau ada customer garang weh takut aku. Aku bukan boleh kena marah nanti hati aku terluka. Kawan hubby pun ada datang pun beli pad herba yang aku jual. Kalau hari2 masyuk macam ni makcik kayo!!! Over pulak..
Petang ni ada cerita Tiramisu tak? Ntah, aku tak ingat hari Jumaat ada ke tak? Aku suka tengok drama ni. Walaupun aku bukan penggemar drama Melayu tapi Tiramisu antara drama yang boleh aku layan. Antara drama yang aku suka macam Sindarela, Adamaya, Nur Kasih dan Obsesi. Semua drama yang bergenre romatik komedi cuma Obsesi je berat sikit. Aku jatuh cinta dengan Remy Ishak dalam drama nilah (marah cik abang nanti..suka dengan lakonan ajelah).
Drama Tiramisu mula2 malas aku nak tengok tapi sebab ada Sharifah Amani aku jadi nak tengok. Aku suka pelakon yang kiut-miut macam dia dengan Liyana Jasmay. Mungkin sebab aku cekeding cam diaorang kut tu pasal aku suka diaorang. Tapi aku tak suka Pierre Andre pegang watak hero dalam drama ni (nanti marah lak peminat Pierre). Bukan aku tak suka Pierre, dia pandai berlakon jugak tapi aku lagi suka kalau watak tu diambil oleh Que Haidar ke Sein ke atau Bront Palare (tua sangat kut untuk watak ni). Que Haidar sweet. Bagi aku dia pelakon serba boleh. Kelakar ke, jahat ke, baik ke semua tip top lakonan dia. Sein boleh tahan jugak lakonan dia dalam Adamaya. Bront dengan Amani best sangat masa berlakon drama Sindarela. Malam pulak nak tengok Raja Lawak. Ntah2 aku tertidur lagi depan tv macam minggu lepas haha..
Friday, January 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

-
As-salam....yu huuuuu eberibadi !!! :D Ya allah lama betol aku tak jenguk sini. Tadi aku tengok last update 2013 huhu. Ni dah nak a...
-
Assalamualaikum.. Segmen ini menarik membuatkan aku tertarik nak join. Korang kalau rasa tertarik jugak kliklah banner kat atas tu yek...
-
Assalamualaikum.. Apa yang penting? Sebab dengar khabar harini serangan kedua terhadap laman web kerajaan oleh penggodam. Tak. Tak. Tar...
-
dia marah saya ambik gambar. dia kata orang sakit pon ambik gambar ke??? grrrr Agaknya sekarang musim chicken pox sebab abang van Ris...
-
Aku sedang menaip bersungguh dengan mata yang potek. Tau tak mata potek? Potek pasal aku tutup dia ala-ala pirate of carribean. Seba...
-
As-salam. Nampaknya seperti dijangka entri travelog aku dah tertunda lama. Keadaan tak mengizinkan aku nak update selalu. Mingg...
-
Assalamualaikum.. Kadang² asyik membaca pun boleh memeningkan kepala. Jadi hari ini tidak mau menulis dengan panjang dan hanya nak mengimb...
-
ulang tayang Haritu kat entri >>INI saya dah cerita kan yang masa kat JGCC tulah pertama kali saya merasai sedapnya air kathira...
-
Assalamualaikum.. Korang penah kena biji angin tak? Tempat peberet dia nak tumbuh selalunya leherlah. Kalau kena ni memang tak selesa. ...
-
Haha. Bikin spoil mood jiwang orang lain aje. Akhirnya, setelah berhari-hari memujuk incik papa terkabul juga hasrat nak menonton Omb...

















8 comments
a'ah..kita pon rasa dia macam x berapa sesuai bawak watak dalam cerita ni..huhu
Tiramisu xpenah tgk =(
ohh sgguh ketingln zmn...
Adamaya mmg best!!!! =D
p/s : Persahabatan Itu Pemanis Hidup
bantalbucuk:hehe..
cik nas:sian dia..kat kolej takdek tv ker?belajar lg kan?
Mula-mula ingatkan Pierre Andre ni mat saleh. Bila usya-usya, lah Melayu ke??
tawel: hehe..x kenal pierre andre ker?
Haha serius tak kenal. Jarang tengok TV sebenarnya.
Nanges Pierre kalau tau nih..hehe..jejaka hangat di pasaran en tawel bolehnya x kenal..hehe..
x suka cara sharifah amani berlakon. macam over sangat je. terlompat2. grrr...