Hari ni saya dapat award Nokia C3..kaler purple semestinya..hehe. Suami yang bagi sebab hari ni birthday saya. Baik pulak hati hubby nak belikan saya handphone baru. Perasaan saya? Mestilah happy. Walaupun sebenarnya saya tak pernah berharap dia akan belikan benda2 mahal untuk birthday saya. Dapat celebrate makan kek ke, aiskrim ke, coklat ke dah cukup untuk saya. Tahun lepas dia belikan saya coklat ferrero rocher..umm sedap.
Namun bila sesekali dapat hadiah istimewa sebegini terasa dia sangat2 sayangkan saya. Walaupun sebenarnya kasih sayang bukan diukur dari segi murah atau mahalnya hadiah. Ketika mendapat hadiah tersebut bermacam perasaan berbaur dalam hati saya. Rasa terharu campur bimbang. Terus terfikir macam mana saya nak balas hadiah untuk harijadinya nanti? Mahalkah handpone ni, nanti lari pulak budget untuk benda yang lebih penting.
Kata2 dalam kad yang dia bagi lebih buat saya terharu..
Adakah saya benar2 isteri yang baik buatnya? Kadang2 saya masam muka kepadanya kalau rasa tak puas hati, kadang2 saya bebel kepadanya kalau ada benda yang dia buat tak betul di mata saya dan saya selalu malas nak gosok bajunya (saya paling tak suka buat kerja ini..lebih baik saya cuci toilet).
Anak2 pulak..andai mereka boleh memilih..adakah mereka akan pilih saya sebagai ibu? Sesekali disedarkan seperti ini buat saya berazam untuk menjadi lebih baik kepada suami dan anak2 saya..
p/s: Terima kasih pada kawan baik saya mamamirza untuk entri yang mengharukan..
Wednesday, January 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

-
Dalam bulan lepas kalau tak silap aku, adala sorang mamat ni sms kat henpon aku. Aku mula ingat dia ni customer. Tapi rupanya dia saja ...
-
As-salam....yu huuuuu eberibadi !!! :D Ya allah lama betol aku tak jenguk sini. Tadi aku tengok last update 2013 huhu. Ni dah nak a...
-
As-salam.. Haih. Lama giler saya tak update. Memang rasa macam nak tutup terus blog ni. Tapi bila tengok-tengok jumlah follower ...
-
Batrisyia tu risya. My dotter. Nak citer pasal dia lah ni. Nanti dah beso bolehla dia baca balik kisah dia belajar puasa. Mama nak ...
-
Assalamualaikum.. Pagi Sabtu semangat berkobar-kobar lain macam. Ini adalah hidangan yang hanya dimasak pada hari istimewa saja. Iaitu h...
-
Haiii.. Ngantuklah harini huwarghh. Aku tengah gugel-gugel pasal nutox yang hydrarefiner tu (botol kaler biru). Macam best jer. Ada...
-
Assalamualaikum.. Betty agak rajin jugak bertanya khabar dengan akaun nuffnang sendiri. Bukan nak tengok berapa duit dapat pon. Jeling² si...
-
Hai. Sambung lagi gambar-gambaran di Cameron Highlands :). @KasiManis Farm. Sate strawberri berkuah coklat. Sapa kata tak sedap dia al...
-
Assalamualaikum.. Maka setelah berfikir sebanyak seratuslapanplohnam kali maka saya mengepostkan satu entri berbentuk makanan buat rangsa...
-
Hai lama tak nulis. Takda idea + malas. Harini saya nak cerita pasal hantu pisang. Hantu pisang ni dia dok berlegar kat dalam rumah say...


















3 comments
dia memilih yg terbaik utk hidupnya semestinya dia merasakan kamu yg terhebat & terbaik. menerima kekurangan & kelebihan.. sbb takde manusia yg sempurna namun kelebihan & kekurangan kamu mungkin menjadi kamu sempurna di mata dia.
happy birthday... :) semoga menjadi ibu mithali dan isteri yg baik. semoga panjang umur, diberikan kesihatan (kalo pjg umur, x sehat pun x best plak kan? hik3), dan sentiasa dimurahkan rezeki... hadiah murah atau mahal tak penting, the most important thing is the thoughts... kalau ade rezeki, duit lebih, boleh la beli hadiah mahal skit. kan? kan? :)
Terima kasih yer cik lekit dan pearl..:)