HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Monday, January 16, 2012

Pekerjaan Sesuai Mengikut Tarikh Lahir





As-ssalam....





Keyword ni kerap sangat menerjah blog saya. Bukan dekat blog ni tapi blog yang satu lagi.


Saya terfikir kenapa orang carik pasal ni? Mungkin sebab diaorang betul-betul tak tau nak jadik apa kot?


Sesetengah orang bertuah. Sebab jelas dengan matlamat hidup. Celik mata pagi-pagi dah tau dah apa dia nak capai dalam hidup. Tapi ada sesetengah orang bermasalah. Tak tau nak keje apa. Tak tau nak pilih course apa bila nak masuk u. Tak tau apa bakat yang dia ada. Tak tau kelebihan dia. Tak tau apa minat dia. Semuanya macam blur aje.


Selalunya kalau orang yang berdepan masalah macam ni boleh ambik ujian personaliti. Ada macam-macam jenis contohnya MBTI (Myers Brigss Test Indicator). Boleh juga tengok Holland Code untuk tengok kita ni sesuai kerja dekat persekitaran yang macam mana. Atau boleh juga pegi khatam buku-buku popular tentang mencari pekerjaan sesuai contohnya What Color Is Your Parachute?



Tapi beberapa tahun kebelakangan ni ada individu dah popularkan satu lagi teknik nak carik kerja sesuai, nak nilai bakat dan potensi diri sendiri iaitu melalui tarikh lahir. Agaknya sebab dah over popular hingga individu tersebut dapat untung berkepuk-kepuk benda ni dah jadi satu isu melibatkan agama. Biasalah tu kan.


Pada pendapat saya sendiri lah kan. Pendapat dari seorang yang jahil ni lah kan. Benda ni jadi SYIRIK kalau kita terlalu PERCAYA dan TAKSUB sangat hingga kita rasa malangnya sebab dilahirkan pada tarikh tertentu yang menyebabkan kita GAGAL atau tak dapat buat apa yang kita nak capai dalam hidup. Atau kita tak nak berkawan atau paling teruk berkahwin dengan orang tertentu disebabkan tarikh lahir dia. Itu memang SALAH dan BERDOSA sebab seolah-olah macam nak salahkan takdir atau tak percaya dengan kuasa ALLAH s.w.t.


Tapi, bagi orang yang bermasalah macam yang saya sebut kat atas tadi, bagi saya tak salah kalau dia nak gunakan tarikh lahir sebagai satu cara dia nak carik apa kekuatan bakat yang dia ada atau untuk tentukan pekerjaan apa yang sesuai dengan minat dia. Benda ni langsung TAK SAMA dengan ramalan horoskop tu. Yang bintang-bintang tu memang dah jelas meramal apa berlaku pada masa depan. Memang jelas dosa lah kan kalau baca pon.


Kalau buat ujian personaliti kena jawab soalan-soalan. Lepas tu dapatlah bayangan pekerjaan yang sesuai dengan personaliti kita. Kalau kira tarikh lahir pulak samalah juga dapat bayangan pekerjaan apa yang sesuai dengan personaliti kita. Tapi kedua-dua teknik ni bukan 100% tepat pon sebab ianya adalah hasil pemikiran dan kajian manusia yang tak sempurna. 


Tapi sekurang-kurangnya bolehlah diguna pakai untuk bantu orang yang ada masalah blur tadi kan? Yang selanjutnya kenalah ada usaha, doa dan tawakkal.



nota-noti:
Pandangan peribadi dan jahil semata-mata. Takda niat nak menangkan individu tertentu :).


40 comments

Anonymous
January 16, 2012 at 9:59 AM

betul, dulu saya pun konfius jugak nak pilih course lepas spm, tapi alhamdulilah senang dpt kerja dgn ilmu tu

morning cik betty =)

January 16, 2012 at 10:08 AM

@Tina Othman


morning :)..tahniah sbb Tina antara org yg bertuah sbb dh dpt buat apa yg Tina nak

January 16, 2012 at 10:18 AM

hehe..macam konfius personaliti pun ada kan..

tapi kita ni suka pada bidang yg lebih
kita minati supaya tak buat separuh jalan :)

January 16, 2012 at 10:38 AM

baru dengar quotes ini dan akak suka.. sesetengah orang dilahirkan bertuah, sesetengahnya pula dilahirkan dengan jalan untuk bertuah.. bila confuse, pastinya kita boleh gunakan method lain sebagai bimbingan utk buat pilihan..

January 16, 2012 at 10:39 AM

pekerjaan sy takde kena mengena dengan kursus saya but i love my job...

January 16, 2012 at 10:43 AM

betul..jgn terlalu taksub..sekadar nk ambil tahu x pe...
xpsl2 jd dosa bsr...nauzubillah

January 16, 2012 at 10:58 AM

taksangka boleh jadi cikgu.. hik.hik..

January 16, 2012 at 10:59 AM

@Ati Masrif



samalah kita..tp ada org yg blh je keje bidang yg dia x minat..org camni kita kagum..


tp ada org mmg x tau minat dia apa..jd org camni mmg kena dibantu dgn teknik lain ditambah dgn usaha dan berdoa..

January 16, 2012 at 11:00 AM

@sahromnasrudin


best kalau dpt keje yg kita suka..:)

January 16, 2012 at 11:01 AM

@Chekgu Azrine


dah rezeki rine kat situ kan..yg penting bila dh keje kena sungguh-sungguh :)

January 16, 2012 at 11:03 AM

hah..bab cita2 ni asalnya nak jadi cikgu..tapi tak kesampaian..maklumlah time sy org yg dpt pangkat 1 tu bersepah..huhuhu

January 16, 2012 at 11:06 AM

@Pen Biru


maknanya bukan rezeki kat situlah..mungkin Allah ada benda lain yg lagi bets nk bagi kat awak selain dr jd cikgu tu :)

January 16, 2012 at 11:12 AM

kerja yang sesuai bagi orang macam ni adalah "tak de kerja!"

January 16, 2012 at 11:14 AM

@Tukang Karut


tak baiklah cakap camtu..

January 16, 2012 at 11:19 AM

kalo setakat saja2 nak tau bolehh lah...tapi kalo percaya bulat2 tanpa usaha takkan menjadi gak...

January 16, 2012 at 11:24 AM

@kis



betul..cthnya kita kira tarikh lahir tgk cam sesuai carik keje dlm bidang kewangan..jd blhla kita carik-carik keje dlm bidang tu..ini kalau kita nk carik keje yg sesuai dgn personaliti lah..kalau kita x kisah nk keje apa..atau mmg tgh perlukan duit keje jelah apa-apa jgn memilih :)

January 16, 2012 at 11:26 AM

sy xblaja tinggi...keje pun biasa biasa2 jer ;p

January 16, 2012 at 11:28 AM

sama la mcm sy...xtahu nak keje apa..xtahu ada bakat apa....last2 sambar aje keje yg ada walaupun x minat n x sesuai dgn kelulusan....

January 16, 2012 at 11:46 AM

@aanie


aanie sama cam sy..cumanya sy keje jd surirumah hihi

January 16, 2012 at 11:47 AM

@Cik Ecah


asalkan halal cik ecah..lgpun x semsetinya x belajar tinggi x boleh berjaya dlm hidup betul x?

January 16, 2012 at 12:55 PM

biasnya..kerja yang kita suka...susah nak dapat huhuhu...last2 duk umah jer...jaga anak dan suami hihihi

January 16, 2012 at 1:06 PM

ema belajar cos elektronik..tapi kerja langsung lari dari topik...Alhamdulillah ada rezeki nak kerja dengan kerajaan

January 16, 2012 at 2:50 PM

and this can cause the inner conflict of theirselves sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan apa yang merea inginkan. indeed, baca dan fikir boleh, but no need to put 100% kepercayaan terhadapnya! hehehe. karena semuanya datang dari-Nya!

January 16, 2012 at 3:02 PM

pas spm mmg pning gek nk milih course...gi jumpa cikgu...alih-alih cikgu yg suggest pilih apa last2 acounting yg aku dpt!

January 16, 2012 at 3:55 PM

cik x kesah pon psal sume tu..yg pnting dri kita sndiri..kan3?hehe

January 16, 2012 at 5:49 PM

bagus entry rina ni...

leh kasi panduan kat graduan baru tu semua kan...

tpi utk sya yg makan gaji dgn gomen ni, smapai ke tua lah nmpak gaya.. hehehe

January 16, 2012 at 6:49 PM

aik nak kerja pun nak pandukan tarikh lahir ke...ado yer manusia mcm nih...hehe

* sunglass papa mifz tuh bukan warna biru yer,warna purple sebenarnye...:)

January 17, 2012 at 12:34 AM

sy like entri nie..

kadang2 hidup kita nie bergantung pada lucky.adaorg yg bertuah..bukan semua tp segelintir..yg penting kita cuba terbaik atas apa yg kita ada dan dengan apa yg kita jadi,pekerjaan apa yg kita jawat. Doa dan tawakal tu penting..:)

jgn terpesong dengan ramalan yg kadangkala kebetulan..boleh baca percaya jangan.haha..

January 17, 2012 at 3:31 AM

mungkin lately ni semakin ramai yg taksub dgn individu tersebut smpai melupakan yg rezeki dtg dr Allah juga...

pd saya kalau sbg islam mrk tinggal perkara yg wajib mrk buat spt solat dan tk hormat org tua...rezeki tu krg berkat, seperti ada yg kurang dlm hidup... walaupun mereka pergi ceramah org fofular tu, rezeki dtg dr Allah juga kan...

mungkin la rina kan..ni pun pendapat saya yg jahil semata-mata

test2 yg rinna sebutkan tu tk pernah saya cuba..cuba utk suka2 boleh kan...

January 17, 2012 at 10:35 AM

kadang2 suke baca zodiak kat majalah2. tapi suke2 je lah. tak percaya pon. hihihi

January 17, 2012 at 2:27 PM

mcm kenal je individu tersebut...huhu..

mcm sy...hmmm...sy sambar je apa yg ada depan mata...kalau nak ikut minat...payah juga..sebab minat sy berubah2.. :)

January 17, 2012 at 9:55 PM

hee..btol2..

blh bc tp jgn percaya 100%..

tp kdg2 mmg ada byk betulnya kan..hee..tu semua y masih dilema nk cari y ssuai dgn minat kot kak rina..

January 17, 2012 at 11:50 PM

stuju...xleh taksub 100% tue dh kira syirik..tp mmg manusia mudah taksub dgn camni..

comel la blog bisnes rina yg 1 lg tue..

January 18, 2012 at 1:15 AM

Best kalau hobby/minat boleh jana income...
Paling tak best dan sengsara kalau tak minat tapi terpaksa hadap hari2....
AKU...? aku boleh jadi iburumahtangga fulltime jer sbb aku tahan ngan anak2 jer... hehehe

January 18, 2012 at 3:33 AM

Salam Cik Betty,
Mmg boleh jd syirik pun... ntahla ye..yg penting kita berusaha, berdoa & tawakal, itu lebih baik...susah sgt nak buat pilihan solat ikhtiharah...Islam itu lengkap dgn panduan segala aspek dlm hidup... tak perlu nak belajar benda yg pelik2 betul tak? sy pun masih jahil jg...masih byk nak belajar ;)))

January 18, 2012 at 8:43 AM

assalamualaikum..bizi ke?? lama tak hapdet...

January 18, 2012 at 10:44 AM

leih tepat kalau dikatakan kite memilih pekerjaan sesuai dengan ujian personaliti yang diambil, dan bukan sebab tarikh lahir tertentu.

mungkin ada certain perkara yang perlu diperhalusi oleh individu popular tersebut supaya apa yg disampaikannya menjadi suatu ilmu berguna dan tak sewenang2 dimanipulasi oleh pihak2 yg kurang puas hati.

mungkin.

pendapat saya.

January 18, 2012 at 12:42 PM

lepas ni teringin nak jadi surirumah sepenuh masa pulak..

July 3, 2012 at 4:52 PM

betul la.. kalau kita jahil kita kena belajar.. jangan malu bertanya... selalu dengar dan baca ceramah agama dan motivasi.. Jangan terlalu taksub dengan sesuatu promosi... nasib baik saya tak terjebak... alhamdulillah...

January 3, 2014 at 8:08 PM

saya masih samar2 nk pilih course ap..sbb sye x tau potensi diri saya

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal