tak taulah kan surirumah buat apa..buat keje rumah ni sekejap aje abis..selain menonton tv, layan fb kot
Terbaca komen kat atas ni semasa baca entri di blog seorang teman.
Perasaan saya? Agak kecewa sebab komen itu ditulis oleh seorang wanita.
Tetiba teringat pertemuan saya dengan seorang kawan sekolah (lelaki). Katanya pada saya:
Perasaan saya? Agak kecewa sebab komen itu ditulis oleh seorang wanita.
Tetiba teringat pertemuan saya dengan seorang kawan sekolah (lelaki). Katanya pada saya:
ah kau kan duduk rumah..bukan buat apa pon
Tak tahulah kenapa. Mungkin pada kamu biasa sahaja ayat-ayat yang dilemparkan ini tapi bagi saya sebagai surirumah (saya tak tahu surirumah lain) yang mendengarnya agak terasa diperlekehkan.
Seolah-olah kami surirumah ini duduk di rumah hanya tahu bergoyang kaki tengok sinetron mengarut dan post status ntah apa-apa kat fb.
Hakikatnya, selama saya menjadi surirumah tak menang tangan dan juga kaki menguruskan keperluan ahli rumah dan juga rumahtangga. Kalau kamu yang bekerja kena bangun seawal mungkin kami juga sama. Kalau kerja di ofis kamu menimbun kami juga sama. Bezanya, kerja kami tiada gaji berbentuk RM (di akhirat nanti insya-allah) dan jugak tidak hebat dan glemer di mata 'orang'.
Tolonglah. Takda orang pilih jadi surirumah dengan tujuan untuk berehat. Untuk menenangkan fikiran, mungkin :).
Dah tu je.
Dari:
Insan yang sudah lali disindir dan diperlekeh hanya kerana menjadi surirumah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Layan cerita ini lagi best (bercakap kepada diri sendiri, biasalah orang suka buat entri syok sendiri).
Insan yang sudah lali disindir dan diperlekeh hanya kerana menjadi surirumah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Layan cerita ini lagi best (bercakap kepada diri sendiri, biasalah orang suka buat entri syok sendiri).
Masa hari orientasi >>cerita sini, saya bawakkan risya bekal roti planta ditaburi brown sugar (mengada-ngada nak buh nama makanan ala masterchef) dan juga beri RM1 untuk belanja sekolah. Tapi balik rumah bekal tak berusik. Duit pon tak guna.
mama : kenapa tak makan bekal ni risya?
risya : tak nak. kawan semua beli makanan kat kantin.
mama : habis kenapa tak beli juga?
risya : duit tak cukup.
mama : takkan tak cukup. mama bawakkan singgit tu. takkan mahal sangat makanan kat kantin.
risya : kawan semua bawak duit kertas. risya punya syiling. tak cukuplah.
mama : grrrrrrrrrrrr.....
Semalam.
Saya bekalkan sandwic telur bersama mayonis. Dan up lagi duit belanja jadi RM2. Tapi masih semua syiling.
Papa pergi tengok risya waktu rehat, dia masih tak makan. Hanya beli air sirap 30 sen. Padahal sudah bawa bekal air. Papa suruh makan. Dia buat tak peduli pada papa dan terus pegi main dengan kawan.
Balik sekolah cikgu adukan pada saya risya kelaparan dalam kelas. Cikgu bagi dia makan bekal dalam kelas. Kongsi dengan kawannya yang jugak sakit perut.
Tengahari, saya pujuk risya makan nasi sebelum pergi sekolah agama. Mujur dia makan banyak. Nasi lauk daging kicap dan sup cendawan bersama kubis.
Dekat sekolah agama, rupanya masa dalam kelas dia jumpa ustazah kata perut sakit. Ustazah bawak pegi kantin makan kuih.
Aduhai risya. Nanti orang ingat mama ni kat rumah tak kasik kamu makan. Asyik melangut tengok tv dengan main fb.
52 comments
best apa jd surirumah ...dh la pahala mncurah2, jimat sgl perkara kosmetik, pkaian etc. pduliknlah org yg suka look down tuh!
smpai skit prut ksian risya...ank akk pun sama, sdia bkal t.mkn pon!
hahaha.. lawak la ayat akhir tu..
rina.. bagusla kamu.. rajin..berkat kamu menjadi fully housewife..dpt layan anak2 sebegitu rupa.. mcm kami2 yg kerja ni.. huhu.. faham2 jelakan.. alhamdulilllah.. dri sudut itu rina sangat bertuah..
@So Shy Lady
tula. beristighfar sj.
risya bab makan dialah paling sy risau..
saya syak org yg cakap tu tak pernah tinggal serumah dengan suri rumah lain.
mak saya suri rumah dan saya tau betapa sibuk dan penatnya menjadi seorang suri rumah.
*
tapi disebabkan yg cakap tu adalah pompuan...mungkin dia rasa dia bagus sebab bekerja. ntahlah. saya benci org yg suka pandang rendah orang lain sebab dah tentu ia berpunca dari sifat rasa macam bagus ygn diorang rasa kat diri sendiri.
Tetiba saya yg "panas" dgn stament depa tu .. apsal ingat dok rumah goyang kaki ka... berlipat2 kali ganda kerja tau tak ???
Penat tau .. bangun awal pagi sampai tgh malam pun x habis kerja.. tu belum campur layan suami lagi .. kira macam 24 jam .. kerja.. kerja ..kerja ..
... back to topic... ermm .. saya bg belanja kat anak2 saya sehari rm5 sebab kat kantin makanan mahal la.... sy suruh makan nasik sbb bg kenyang .. kalau mee/benda goreng2 mmg murah sikit harga tp takut anak saya x kenyang .. hehe ...
@Chekgu Azrine
tujuan asal jd surirumah mmg nk layan anak dgn suami sepenuh masa..kengkdang termengeluh penat juga. tp istighfar semula :).
@gadisBunga
xpalah GB. dh mmg mcm tu mentaliti sesetengah rakyat malaysia. kalau di luar negara surirumah dipandang tinggi.
@halila Ibrahim
sy baca komen tu semalam. mmg berapi sy semalam. entri ni sy dah taip semula bila sy dah cool down.
mahalnya makanan kt kantin sekolah anak fazz. kt sek risya rm1 dah dpt nasik goreng.
Kakcik sebenarnya teringin nak jadi surirumah sepenuh masa walaupun kakcik tahu, duduk di rumah lagi tak boleh hendak berehat macam duduk di pejabat. :)
@kakcik
hik.hik. bukan semua org larat jd surirumah kak cik lebih-lebih lg kalau org yg x betah duk rumah :)
budak2 memang cam tu kak ~ hehhe sabar je laa :)
Sallam Rina,
Sabarlah Rina, kerja surirumah ni paling mulia, jauh dari segala fitnah dan pergaulan bebas.
Kesian Risya, budak2 baru masuk sekolah memangtak pandai nak membeli lagi..esok2 tu pandailah dia.
Saya dulu pernah jadi surirumah, skang saya keje opis.... Sy rasa keje surirumah lagi penat sbb byk guna fizikal....
Biar lah apa org nak kata....
kalu diberi pilihan...sy mmg nk jd suri rumah..tp apakan daya.. title tu lom smpi lg..
alahai risya.. duit kertas ngan duit ssilin x sama ya...
Salam, sabarlah cikBetty.. I'm proud to be fulltime housewife... dlu sy pun begitu jgk...igt bile jd surirumah boleh rehat byk2..tp mmg pun, sb skrg ade maid kih kih kih... tp xbermakna sy akan berhenti kerja... jd surirumah sepatutnya menjadi impian setiap wanita sb mudah mendpt pahal... bile bekerja badan penat, kdg2 anak2 & suami pun terabai...
cik ina respek perempuan yang jadi surirumah tangga sepenuh masa . pada cik ina jadi surirumah tangga tu penat tau dari bekerja kat opis. hujung minggu cik ina duk rumah dua hari pun dah terasa buat keja tak habis -habis.
jgn ambil peduli kata2 org macam tu,sy pun tak suka..pandang rendah dan memperlekehkan org macam dia bagus!
hehe comel je risya tak cukup duit sebab kawan semua duit kertas...budak2 biasalah tu nak buat macam mana baru nak belajar berdikari
setuju la dgn akak...
mcm mak sy...dulu dah biasa bekerja..bila dah jadi full time surirumah sbb nak uruskan adik...dia pun ada kata..kerja kat rumah takkan pernah habis..ada je...
mmg ada waktu senggang tgk sinetron..on9..tp bukan 24 jam mengadap...ada masa2nya juga... :)
bab Risya...sy rasa akak kena beri duti kertas la nampaknya... :)
tak bestnya dengar komen yg macam tu.. wp akak kerja tp akak mmg tahu klu akak duduk rumah, kerja akak lg melambak dari duduk ofis ni.. bila cuti tu mmg tak cukup tangan rasanya bila kat rumah.. biarlah org nak ckp apa rina.. yg penting kita tahu tugas dan tanggungjawab kita mmg sama berat dgn org lain.. anak akak dulu pun mcm risya jugak.. dah lama2 baru ok..
hahaha...lawakla risya ni..
rina abaikan jelah apa yg org kata psl surirmhtangga ni..biasala tu mulut org..
saya dah biasa dgn ayat2 camni..dorang tak phm..igt kita surirumah ni dok tido je ker..
sabar ya kak... mmmg mulut org lain2.. pandai cakap tapi tak tau menahu... nanti kalau dia berada di tempat mcm tu barulah tau tinggi rendahnya langit kan.. ehehe
saya nak gelak baca kisah anak akak ni.. comel je.. ehehe.. Kat sekolah saya ramai2 murid2 tahun 1 yang buat gaya macam tu.. tersenyum lihat ibu bapa yang cuba puju anak2.. ehehe
budak tu nak simpan duit tak?
rina, dia jeles dgn surirumah la tu..ala..lantak dia la..
haha cerdik btul si risya ni.. takpe2 tatik risya mungkin berguna pabila msuk U nnti.. hehe
hahaha.
risya risya.
comel je. hihi
alah kak orang bukan tahu perasaan suri rumah ni.
walaupon saya tak jadi suri rumah tapi bila tengok mak macam kesian je.
tak reti duduk diam
ade je benda nak buat. hehe
saya lega bila isteri saya dok rumah.
suri rumah is so power rangers~!orang yang cakap camtu tak tahu kot kerja dalam rumah cane *eceh macam berpengalaman sangat bunyinya HAHA*.
risya nak duit kertas kot tu :P
abaikan kata2 orang asalkan rumah dan keluarga terurus dengan baik...:)
rina...lepas ni cer try bagi duit kertas....
ala... rina ...
depa tu semua tak profesional
atau sesuai di panggil NGOK!!
nak tau apa prof mano iaitu
pakar bedah yg operate kita dulu
bila tau kita dah jadi surirumah
oh..hse wife?? kerja paling susah
dalam dunia!!
tgk tu..org bijak pandai je yg tau
betapa sukar dan fenat nya jadi hse wife tau!!
eh..terlebih emo pula kito ni ..hihi~ :P
Rina kalau gini gaya Risya kena sarapan berat sebelum ke sekolah. Anak kakak pun bawa bekal dan duit tapi dua-dua habis termasuk bekal sekali. Masa ke kantin dia tunggu org dah kurang sebab tak suka kasut kena pijak. Org berasak di kantin dia makan bekal... org dah lega dia membeli. Kadang beli tak makan. Geram...
aduhai kakak.. jangan begini.. saya tau tu entri sape tuu.. saya kalau boleh memang nak jd suri rumah kak.. sebenarnye, suri rumah lagi banyak kumpul pahala kan.. seperti yg saya katakan, ganjaran yang banyak di akhirat kelak..
@Ati Masrif
yalah kak ati bila baca statement mcm tu sbg surirumah kita rs kecil hati..sbnrnya sy pon belum dpt jd surirumah yg baik..bnyk kerja surirumah yg sy x dpt buat dgn sempurna..
@Kakzakie
sama mcm yg kita ajar risya..makan bekal dulu sbb kalau nk beli kena beratur x smpt mkn..nnt bekal habis baru pegi beli waktu org dh kurang..cuma yg sy konfius sy bg rm1.50 tp habis buat beli roti..pelik pulak sy roti apa mahal camtu..salu sy beli 70 sen je
@Farah Shamsudin
:)..kakak bukan kecil hati dgn kamu..tp komen yg ada kt entri tu
Yang penting kita sebagai surirumah terhormat rasa happy & bahagia kan..
hehehe..
pd pendapat saye, surirumah patut dapat gaji yang sangat tinggi! sebab sume mende kene setelkan. dari celik mata pagi2 sampai nak tdo. btol tak kak?
btw, saye teringin sandwich kak. hehe
dill.
@dill
gaji nnt insya-allah kat akhirat :)
secara jujurnya, saya respek awak..awaklah pengurus sumber manusia sebenarnya..menguruskan semua sumber yang ada dalam rumah awak dengan cekap, efisien dan teratur..
teruskan usaha ini kerana ekonomi dan kesejahteraan keluarga dalam kawalan awak
org fikir lain, walhal kita yg duduk dlm rumah tahulah tanggungjawab kan kak? nasihat elok2 kat riesya tu mknn bekalan sdh cukup memadai. kalau tak mkn nanti sakit perut pulak dia masuk angin. duit syiling tu boleh buat tabungan:) fifi dulu suka menabung. mama kasi rm2 ke sekolah, fifi tak guna pun, fifi simpan. mknn bekal kan ada.
jadi surirumah lagi penat, 24jam keje non-stop, fengsan!
anak2 lebih suka bawak bekal dr beli di kantin sbb malas nak beratur..
jd suri umah sbnrnyer g busy kn...
sy tgk ibu sy je la..
tp pgorbanan seorg suri umah tu besar..
dia x biasa lg kot kak.nk g beli makanan sndiri.hihi. rmai sgt kawan,main lg best.hihi.lama2 kalau ajar, ok la 2.
payah jugak kalo tk de keje ni, mesti org kata..pandang pn semacam
pada saya mudah aja. Wanita yg tulis komen pasa surirumah tu sebenarnya dia jeles dia tak dapat lepak2 duduk rumah, asyik kena tengking dgn bos kat opis, asyik kena ngadap jem kat jalan saja..hahahaa
hoiii sapa yang cakap gitu .. dia tak tau duk rumah ni , selagi tak pejam mata (tidur) selagi tu lah bergerak ke sana .. ke sini .. eh suri rumah pun boleh ada duit apa ...
jangan pandang sebelah mata hikhik .. biar org nampak suri rumah cam hodoh bodoh , asalkan kita ni berbakti terhadap keluarga besar pahala .. jgn down cikbetty , kita serupa je
Tiba-tiba sy mcm sedih bace komen pompuan yg kat atas tu! Entahlah...walaupun sy keje tp terus terang sy kate, weekend sy lebih penat dr weekdays sy. Sy fhm sgt mcm ne sibuknya Rina.
Tak apalah Rina. Kita kenal siapa diri kita. Dia pun kenal siapa diri dia. Yang penting, kita gembira kan?
pada chii..jd surirumah lagi banyak kerja berbnding org yg kerja..pgi2 lg kena kemas umah..pastu basuh baju..masak..then bg yg ada anak..kena mandikan semua..kadang2..masa untuk diri sendri pun kurang...
...comel je risya ni..nampaknya..pasni kena pastikan dia makan kat umah..krg xde la sakit perut lg..eheh
Betul cik betty...tak menang tangan duk umah...kalau umah bersepah..laki balik bising hihihi...betul tak??
risya2..heee
bdk2 ni kalo tgk kwn dia xbw bekal, beli kat sn mmg suka terikut..huuu..jd malu kot..heeee..
xpe k.rina..wat xtau je..cpe dok rumah tahulah apa y surirumah ni buat..huu..baking mak ira y juga suri rumah...:)
saya faham perasaan kamu...sebab saya bekerja juga sebab disindir oleh org kerana saya surirumah...mrk kata "ada diploma tk nak kerja.."
bila org tanya keje apa...tk sempat saya jwb, mrk dah jawabkan keje duduk rumah aje...ohh pilu hati saya waktu itu, T__T
tkpelah saya keje selagi saya tahan, agak2 kalau saya rasa anak2 nanti lebih memerlukan saya, mungkin saya kembali menjadi maya mayana surirumah,...
biaso nye kalo cuti berduo ngan Mifz..papa mifz akan buat la sikit2 kerja rumah plus jaga Mifz kan..letih siot...respek pado suri rumah full time..
budak3.. mesti dia nak ikot kawan3 br dia.. hehe..