HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Monday, February 7, 2011

Tips: Umur Panjang

Tips ni betty dapat daripada sebuah buku kesihatan. Petua pemakanan  dari balkan ini jika diamalkan insya-allah sihat selalu. Disarankan untuk minum yoghurt yang dicampur dengan jus atau buah strawberry setiap pagi sebelum sarapan. Yoghurt memang diketahui sangat bagus kan. Betty selalu makan yang rendah lemak. Protein dan kalsium dalam yoghurt pun tinggi. Juga boleh menyihatkan sistem penghadaman kita sebab ada bakteria baik. Strawberi pulak kadar antioksidanya tinggi malah lebih tinggi daripada anggur dan limau.

Semalam betty tengok kat jusco mahalnya harga buah strawberry..jadi betty beli je yoghurt strawberry nestle punya. Pagi² dah makan yoghurt hehe. Anak betty pun suka makan yoghurt. Yummy!


Gambar hiasan pinjam dari Google

nota kaki:
  1. yoghurt atau susu berkesan untuk hilangkan pedas lidah lepas makan cili/sambal
  2. dah tengok sos prego fresh mushroom kat jusco..takde tulis ingredient pork pun..

4 comments

February 7, 2011 at 12:18 PM

No pun suka minum yoghourt nih...sedaaaaap!..

February 7, 2011 at 4:19 PM

No: hehe..

February 7, 2011 at 7:50 PM

Pada awal 1900-an, Dr Eli Metchnikoff mendapati yang yoghurt boleh membantu membalikkan jangkitan bakteria. Bakteria baik juga bagus untuk alergi dan tumor. Yoghurt juga membantu meningkatkan jumlah sel-sel dalam sistem kekebalan.

Nice info..nak pegi beli yoghurt NESTLE jugak la..")

February 8, 2011 at 8:51 AM

keli: ekceli yoghurt yg betty beli ialah dutch lady..hehe..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal