HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Tuesday, March 29, 2011

Kebiasaan Yang Biasa

Assalamualaikum..

27 haribulan 3 tahun 2011 adalah hari di mana abah betty menjadi tua setahun. Selamat hari jadi abah. Tulis di sini saja. Tapi tak ucapkan pada abah.

Hari tersebut bila tengok hari dan bulan dekat surat khabar baru teringat hari jadi abah. Tak berguna punya anak. Bukanlah lupa. Tapi tak ingat. Ok. Itu sama saja.

Nak membagi alasan kenapa terlupa adalah SAHM macam betty seringkali melupakan tarikh hari ini hari apa. Bukan sengaja. Tapi tarikh tak pernah di ambil kisah. Kita bukan ada due date untuk kerja membasuh pinggan di sinki. Melainkan tarikh yang penting macam bila hari pertama puasa dan bila hari raya aldilfitri. Juga tarikh hari jadi.

Sebagai ganti ucapan hari jadi betty dan mr papa belikan abah kek. Bukan sebab abah suka makan kek. Cuma supaya abah tahu yang betty tahu dan ingat serta tak lupa hari jadinya. Tapi orang lelaki memang tak suka kek kah?

Betty tak pandai nak ucap selamat hari jadi abah dan lepas tu peluk abah. Memang tak reti. Kalau betty buat tu pastilah abah ingat betty dah membuang tabiat. Atau kena sampuk hantu jalan berumun (siapa minat kejadian paranormal sila buat siasatan di jalan tersebut - letaknya berhampiran tempat rekerasi Gunung Lambak,Kluang Johor).

Ini semua ada kaitan dengan kebiasaan sedari kecil. Kalau dari kanak² tidak biasa sedut asap rokok dah dewasa pun pasti tak biasa dengan asap rokok. Eh? Macam tu lah lebih kurang. Faham tak?

Tak. Tak. Sebenarnya nak kata kita kena membiasakan anak² sedari kecil mengucapkan selamat hari jadi pada kita selaku ibu bapa. Juga kita mengucapkan selamat hari jadi kepada mereka. Tidak terhad sekadar ucapan mulut tapi perlakuan juga seperti peluk dan cium. Juga hari jadi bukanlah sekadar mendapat hadiah semata². Boleh dapat tak apa betty nak maksudkan?

Ayat mudahnya kalau dari kecil anak² sudah biasa peluk dan cium ibu bapa mereka tak akan kekok nak peluk dan cium kita bila kita sudah tua ganyut nanti. Ini termasuklah jugak dengan hal² lain yang harus jadi kebiasaan masa kecil supaya terus jadi kebiasaan sehingga dewasa. Barulah hal yang tidak biasa itu menjadi biasa.

Jadi apa kebiasaan yang anda buat untuk membiasakan anak² ya? Dah tentu dimaksudkan kebiasaan yang baik. Bukan kebiasaan yang pelik². Seperti kebiasaan menghisap rokok di depan anak². Oh, itu adalah kebiasaan bagi sesetengah bapa. Lagi annoying kalau kebiasaan itu dilakukan di kedai makan. Memang tak ada akal fikiran. Sesetengah ya bukan semua. Nasiblah mr papa mendengar kata.


[selamat hari jadi abah - abah tak hisap rokok - sebab tu tak suka perokok]



24 comments

March 29, 2011 at 1:12 PM

Bertuah Rina sbb masih ada Ayah lg..Rina, mmg org dolu2 jarang peluk2 antara anak dan ayah tak macam sekarang..bak kata rina dah jadi kebiasaan..tp yg penting kasih syg di hati tu..kan..!

March 29, 2011 at 1:38 PM

epy bufday to abah beti

March 29, 2011 at 2:30 PM

sama la kita...tak tau macam mana nak wish kat mak & ayah bila time birthday diorg....

March 29, 2011 at 2:37 PM

tak biasa juga nak ucap campur peluk2.. mungkin tak terbiasa dr kecik kot.. tp sekarang bila dh ade mr.suami.. kalau dia tak ingat nak bagi apa2 .. memang nak kena la..hehe.. yg ni dah jd kebiasaan melampau.. pasal asal gaji je.. nak jugak beli apa2.. ye la.. kita dok umah.. mana ada ongkos.. dpt elaun dr suami pun x byk..

March 29, 2011 at 4:09 PM

happy belated besday tuk abah cik betty =)

March 29, 2011 at 4:17 PM

sgt setuju dengan betty.klu tak biasa peluk cium abah msti rasa janggal..apa pun kita ada pelbagai cara lain kan.slmt hari lahir utk abah betty..semoga dijauhkan dr segala penyakit dan murah rezeki..

March 29, 2011 at 4:48 PM

wah...hencem jugak papa rina ye..patut la rina pun cumeeeeel je...mesti mama rina pun cantik n sweet kan..No pun nak ucap la SELAMAT HARI LAHIR untuk papa rina..takpe la papa tak tau pun huhu...

doa No semoga panjang umo, murah rezeki, sihat tubuh badan, hidup aman bahagia hg akhir hayat..semoga segala amalan direstui, dirahmati dan diberkati ALLAH SWT..juga semoga berjaya dunia akhirat..amin..

March 29, 2011 at 8:48 PM

apapun cara kita.. yg penting kita ingat & raikan.. x semestinya buat party, mcm betty belikan kek pun dah kira raikan..

March 29, 2011 at 10:13 PM

salam malam betty~ mommy pun sama aruah tak pernah nak peluk2 pun, bukan makna tak syg lak....syg kat ati n perlakuan yang lain. .. anak mommy pun dah besar malu nak cium ayah die...lelaki tu lainla tak kisah kan.

March 29, 2011 at 10:14 PM

yup t seloka lain betty mesti ade~ hee

March 29, 2011 at 10:52 PM

aku selamba jer membuat apa yg diowang tak besa wat.. mmg perlu keberanian.. lama² ok.. sama juga dgn keluarga mertua.. selamba je kami meraikan hatta besday en hij itu pon yg pertama aku meraikan..

March 29, 2011 at 11:16 PM

hee betui lah tu cik betty !

March 29, 2011 at 11:55 PM

happy belated birthday pakcik...



entry terbaru > http://solomolo.blogspot.com/2011/03/sel-sel-minda.html

March 29, 2011 at 11:59 PM

selamat malam rina (betul kan nama sebenar?) betty tu nama son..hehehe


selamat hari lahir juga untuk abah rina...

PS; T6?? wah!!!!! memang menakutkan...

March 30, 2011 at 3:21 AM

http://noormurniothman.blogspot.com/2011/03/segmen-blog-review-oleh-wawazamericom.html

betty kena tag.hehe..

March 30, 2011 at 7:39 AM

ala betty ni..sweet la..bagus ingat birthday abah tu..bunga ingat tarikh birthday..tapi selalu lupa tarikh ari ini hari apa..haha..

March 30, 2011 at 8:09 AM

hepi besday utk abah cik betty...:) wahh bagusnye punye abah yang anti-rokok..:) salute same pakcik!! :)

meh ke rumah..
~to all drivers in Malaysia..~
keep in touch ye..♥♥♥

March 30, 2011 at 8:18 AM

saya anti perokok!!!busuk....hihihi idung kembang kempis...nih..hehehehe..ada x rokok yang bau bunga....

March 30, 2011 at 8:33 AM

slmat hari lahir uncle..smoga pjg umo..
dah follow rina..
nice blog...

Anonymous
March 30, 2011 at 8:49 AM

pernah beberapa kali pergi gng belumut. pergi mandi2. best. air sejuk.

March 30, 2011 at 9:02 AM

Selamat Hari Lahir untuk Abah Cik Betty..

saya pun sama...tk pernah nak wish besday kat abah...

March 30, 2011 at 9:20 AM

Selamat hari jadi abah...!
semoga abah mendapat rezeki yang banyak, hari yang Indah, cucu yang banyak dan bahgia... semoga anak dan cucunya menjadi orang2 yang sholeh....

March 30, 2011 at 9:26 AM

selamat hari jadi untuk abah awak..saya boleh jadi geng dia kerana saya juga bukan perokok...

March 30, 2011 at 10:32 AM

angah dah biasa dah..kalau bab cium2 abah nie ngan bapa mertua pun slamber jer ehehe..jgn pikir lain yg penting kita sayang ngan dia kan????
epi bufday tuk abah betty

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal