HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Monday, March 12, 2012

saya dengan azman bidin.







yang merah itu saga eh saya.


EHEM. Dengan siapakah saya bergambar ini?
Jejaka kacak tersebut ialah Azman Bidin. Skandal terbaru saya. Kihkihkih. Bukanlah. Berani tulis macam ini, nak kena sepuk dengan encik asben kah?


Beliau sebenarnya ialah seorang yang saya segani. Dihormati oleh encik asben saya juga. Encik asben saya ni susah nak respek orang lain melainkan orang itu betul-betul ada ciri boleh direspekkan.


Ini pertama kali saya jumpa Azman Bidin. Walaupon dah dekat setahun lebih saya berkecimpung dalam bisnes Avail saya tak pernah jumpa beliau ini. Selalu tengok dekat majalah atau dengar cerita dari mulut asben saja.


Akhirnya, sabtu lepas beliau ada kesempatan turun JB dan buat talk, saya diajak oleh encik asben untuk pergi dengar. Manalah tahu ada benda yang saya boleh belajar.


Talk beliau ternyata kelakar, menusuk kalbu dan langsung tak membuat saya tidor hingga menitis air lior.


Azman Bidin, beliau pada asalnya adalah seorang akauntan bertauliah. Pernah jadi auditor. Pernah kerja dekat syarikat korporat yang hebat-hebat. Jauh sangat pengalaman beliau nak dibandingkan dengan saya.  Pernah rasa jatuh dan bangun dalam perniagaan. Dan sekarang beliau boleh dikatakan antara usahawan yang berjaya.


Prinsip beliau 'yang pelik itu peluang'.
Dianggap pelik oleh orang lain sebab beliau jual tuala wanita. Kalau ikut logik, sapa nak jual pad.
Eiii, pad. Ko jual pad. Dahla lelaki. Jual pad. Ceh.


Tapi beliau ada pandangan yang lain. Disebabkan background sebagai akauntan, beliau nampak bisnes jual tuala wanita adalah satu bisnes yang sangat menguntungkan sebenarnya sebab selagi perempuan tak pupus dekat muka bumi ni selagi tulah bisnes ni boleh hidup.


Yang paling saya kagumi, cuba bayangkan, masa itu 8 tahun lepas, takda siapa kenal jenama tuala wanita FC Bio. Beliau ialah antara orang yang mula-mula perkenalkan tuala wanita berherba FC Bio kepada masyarakat. Dengan packaging yang tak menarik, tanpa pengiklanan dekat media elektronik, beliau gigih menjual. Jadi tak perlu nak jeles okkkk dengan pendapatan bulanan beliau sekarang sebab itu semua hasil kegigihan dan susah-payah beliau dulu.


Jalan beliau dah sediakan, tugas kami sekarang cuma rebut peluang. Macam kami sekarang dah senang, jenama ini dah ramai orang yang kenal. Tak perlu susah-payah pegi carik pembeli, tapi pembeli yang datang cari. Tak perlu lagi nak kendong beg sambil melolong,"pad ! pad ! sape nak beli pad, saya ada jual pad !


40 comments

March 12, 2012 at 3:11 PM

boleh jadikan dia sbg sumber inspirasi tuk berjaya.. ;)

March 12, 2012 at 3:11 PM

Semoga apa yang Rina usahakan akan meniti tangga kejayaan. :)

March 12, 2012 at 3:33 PM

wah ni mesti sifuu hehe

March 12, 2012 at 3:41 PM

@nabilah_2908


yala nabilah..akak pon pikir dia akauntan boleh jual..takkan akak yg surirumah tak boley kan..

March 12, 2012 at 3:41 PM

@kakcik


kak cik doakan saya ya :)

March 12, 2012 at 3:42 PM

@Cik Ecah


lebih kuranglah :)

March 12, 2012 at 3:52 PM

idola ni

March 12, 2012 at 3:58 PM

akauntan rupanya beliau nie.kagum2..hehe

March 12, 2012 at 3:59 PM

entrepereneur adlh bidang yg sgt menguntungkan, jnji halal kan.

March 12, 2012 at 4:00 PM

best of luck...moga berkembang rezeki rina & family

March 12, 2012 at 4:04 PM

samalah dgn produk kakD...buat masa skg hanya suku ja yg kenal produk akak...

insyaallah lepas ni mungkin lebih meriah kot...

sama2 lah kita berdoa ya...

semoga kita kaya dan berjaya...

produk Avail pun kakD jual juga kat kedai ni...

March 12, 2012 at 4:10 PM

cuti tak kemana2 kot sbb sy n en suami keje..minggu nie mungkin blik kmpg.klu rajin bawak aiman tgok lorex or seefood jer kot.tp kena tggu abah aiman cuti dulu..:)

zikry dan risya tak kemana2 ke?

March 12, 2012 at 4:21 PM

semoga rina pun nnt berjaya juga macam dia.. seronoknya tgk org melayu yg berjaya..

March 12, 2012 at 4:31 PM

saya pun suka berdamping dengan mereka yang bersemangat dan bermotivasi..... semoga kita akan mengikut jejaknya... amin.. ehe

p/s: 1st time plak saya dapat lihat wajah sebenar akak Rina AVAIL a.k.a Cik Betty ni.... Kecik2 comel.. hihihi

March 12, 2012 at 4:42 PM

USAHA TANGGA KEJAYAAN.... BIAR ORG NAK KATA APE...SIFU?

March 12, 2012 at 4:57 PM

semoga suksess dalam bisness...

March 12, 2012 at 5:34 PM

ini baru sifu yang hebat

tunjuk ajarku sifu

March 12, 2012 at 9:06 PM

eheh pastilah semua orang berbangga karena boleh berkenalan dengan orang hebat seperti beliau. :)

March 12, 2012 at 10:14 PM

kita tgk org yg berjaya,kita rasa untungnya dia kaya.padahal kita xtahu jatuh bngun sebelum dia berjaya O.o

March 12, 2012 at 11:19 PM

merahnya makngah!

March 13, 2012 at 5:56 AM

Business..wah hebat..teruskan usaha..mula2 susah..lelama tentu nampak jalan, ada pelanggan dan perniagaannya boleh maju.Bak pepatah..Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..InsyaAllah..

March 13, 2012 at 8:28 AM

semoga kejayaan mnjadi milik Rina suatu hari nnti.....

March 13, 2012 at 8:30 AM

REZEKI TU BGMBAR DGN IDOLA

March 13, 2012 at 11:43 AM

salam rina..i'm new here:)
pasni kalau nk beli pad avail bleh oorder kat akak je la ye

March 13, 2012 at 12:07 PM

anda ditag...http://thegoldenrosereturn.blogspot.com/2012/03/saya-kena-tag.html

March 13, 2012 at 12:51 PM

Merahnya!!! haha

Benar, kita kena rebut peluang yang org lain belum buat...tak kisah lah jual pad ke..

March 13, 2012 at 12:59 PM

prinsip dia lain dr yg lain....

sy suka jumpa dgn org yg berjaya dlm bisnes camni.....blh buat kita jadi bersemangat nak buat bisnes....

March 13, 2012 at 2:16 PM

opportunist mmg selalu nampak yg pelik itu sebagai peluang. :D

Anonymous
March 13, 2012 at 2:21 PM

u look good in red, cantik =)

March 13, 2012 at 4:30 PM

usaha tangga kejayaan...

nak cari bisnes memang kena pikir jangka masa panjang..

March 13, 2012 at 8:00 PM

akak ! apesal lawa sangat nih. tak nampak macam mak orang pun !seriously !! eh akak share lah rahsia awet muda..esok2 sy dah jd mak..kena lah try..hehe :) azman abidin....wow..belum pernah jumpa but ive heard of him :)

March 13, 2012 at 11:06 PM

ohh bertemu mentor rupanya..semoga berjaya ye seperti dia...Amin...

March 14, 2012 at 9:04 AM

dia adalah ikon usahawan bumiputra yang telah berjaya

March 14, 2012 at 9:18 AM

HAHA.KAK RINA NI PART MENITIS AIR LIOR TU SUKA.KEMAIN DIA BERGAMBAR :D

March 14, 2012 at 12:14 PM

mmg salute dgn org2 yg berjaya ni kan.semangat utk diri sendiri berjaya jugak..

March 14, 2012 at 3:45 PM

untung rina dpt jumpa org bijak pandai lagi berjaya camtu...

bagus prinsip tu, 'selagi wanita tak pupus so selagi tu lah laku kan'

March 16, 2012 at 3:47 PM

ingtkan sape la tadi,tp chii setuju dgn prinsip dia..yg pelik itu peluang..sebab kadang2 org x berani nak buat sesuatu yg pelik..kcuali org2 yg berkeyakinan tinggi je

March 17, 2012 at 9:43 PM

mmg ptut dijadikan role model..:)

smoga k.rina terus suksess seperti azman bidin..heee

March 19, 2012 at 12:10 AM

Semoga dapat ilmu berguno dari beliau ;-)

June 28, 2012 at 2:06 PM

Nice post

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal