Assalamualaikum..
Masa mula² cik betty berkecimpung dalam dunia menjadi surirumah sepenuh masa orang² sekeliling selalu memandang cik betty dengan pandangan serong dan melontar pelbagai kata nista yang menghiris jiwa. Agaknya diaorang sayangkan cik betty. Tak nak cik betty takda karier walaupun cik betty lebih suka makan kuih keria.
Diaorang tahu atau saja buat² tak tahu yang duduk rumah bukanlah bermakna cik betty duduk sepanjang hari. Kalau tak duduk macam mana cik betty nak goyang kaki kan. Kaki cik betty bergoyang sebab penat sangat berdiri adalah.
Sejak berjinak dengan dunia blogging nilah baru cik betty belajar duduk dekat rumah. Takkan nak mentaip sambil berdiri pulak kan. Pelik pulak dah kan.
Okeh balik ke topik asal. Sebagai contoh ya murid² mari kita ambil KERJA PENGURUSAN KAIN BAJU AHLI KELUARGA yang berlambak. Kerja ini sahaja dah melibatkan banyak step macam kerja operator kilang. Cuba tengok eh baca:
- Mengasing pakaian untuk dibasuh. Takkan cik betty nak taram aje basuh baju putih dengan baju kaler kan. Anak seluar cik betty takkan campur aduk basuh dengan mak baju sebab geli. Yang nak kena rendam dulu macam stokin busuk mr papa kenalah asing jugak.
- Taruh sabun dengan tangan kerdil mengangkat botol sabun yang besar.
- Taruh soflan biar wangi. Bila pakai rasa bahagia keluar bunga nanti. Taruh kemudian bila dekat mesin nak bilas. Taruh awal nanti bau dah ilang tak lekat.
- Dah masuk dalam baldi. Berat dan terseringai mengangkat baldi. Menyidai dengan gigih dan tersengih kat bayi supaya dia tak mintak dukung waktu ibu sibuk nak menyidai.
- Dah kering. Angkat waktu kepanasan masih menyengat kepala supaya kain baju tak jadik keropok. Ah..kalau hujan di tengahari kena main lari²kan penyidai pulak. Syukurlah kau ampaian beroda.
- Asing siap². Baju besar bakul besar. Baju anak dengan yang kecik² bakul kecik.
- Melipat dengan tertangguh². Sebab nanti bayi dia pantang. Pantang ibu dia duduk. Dia pun nak menyusu dengan gembira.
- Masukkan dalam alamari mengikut bahagian. Takkan nak main sumbat macam buat tauhu sumbat kan. Kalau macam tu bagi almari sebesar kapal pun mesti tak cukup nak isik kain baju.
- Gosok pulak. Part nih paling membosan. Tapi sebab mithali kita buat jugak dengan senyum nampak gigi.
Ha..kalau isteri bekerja encik suami tolong step yang mana ya? Kesian isteri pun kepenatan cari rezeki. Kenalah tolong-mentolong. Macam remeh kerja nih tapi memenatkan jugak tahu. Macam cik betty semua step buat sendiri sebab cik betty surirumah. Bahagia mr papa pasal dia tak suka buat semua step di atas.
[pic google: kesian dia penat basuh kain..tapi cik betty tak penahlah buat merepek macam gini]
Bye. Bye. Nak sidai kain.
notakaki:
Ini baru kerja mengurus kain baju. Belum masuk kerja lain. Kau ingat sempat ke aku nak duduk goyang kaki sandar kepala hisap paip (eh..mana aku hisap paip) macam mem besar kat rumah?
17 comments
kalau hurai satu2 persatu..bnyk jugak kerja bg satu kerjakan..isshh..tp suami masih ada yg tak faham kerja isteri di rumah dan opis.... banyak sekali...
assalamualaikum
sy respek pada pengurus rumahtangga seperti sdri ini..
bukan semua wanita berkemahiran untuk melakukannya dengan penuh berhemah...
salam.
wah...bab kain baju je dah bertimpa2. belum bab2 masak lagi.nak pergi pasar lagi.huhu
Nilai Bahasa Pada Sesuatu Bangsa
keja umah mmg memenatkan....sib mak sha tolong sikit2...yang berat2 sha buat bila cuti...waduh...patah pinggang ok....sha dah join blglist nelly..thanks
huhu.. aku boh semua dalam mesin.. en hubby akan membasuh, menyidai.. kadang melipat.. balik rumah berkejar membuat mana yang boleh.. nak gak jadi suri rumah walau tau penat juga.. tapi nak wat camner.. nak lebih selesa.. bahagia berbelanja kena berkerja.. waaaa...
sebenarnya keje kat umah lagiiiiii penat tau! penah dgr ceramah uz=staz azhar yg patutnya suri rumah punye gaji kene kurang2 8k (kot) sebulan baru berbaloi. amacam? heheh~
memang penat bab2 nie....
duk umah lah lagi letih..dari bekerja... betulll angah tak tipuu tul tak???
bwak semua pi bsuh kat sungai..haha
mamaema: tulakan..sbb tu suami terutama yg isterinya bekerja kenalah rajin tolong isteri barulah bahagia rumahtangga..
sahrom: hehe..sy mmg jenis org yg macam tu..rsnya sumer surirumah pun macam tu sbb kalau x urus dgn baik rumah mmg tak terurus..camna nk jd rumahku heavenku..
cikgu den: betul sekali..
sha: ha..tula kan..tp ada gak makhluk yg ingat kita rehat je kat umah
effi: wah..rajinnya en bono..
gB: 8k??? wah!!! sapa boleh bayar tu gB..mmg cik betty undilah kerajaan yg boleh byr gaji bnyk tu..hehe
shahkayrul: emm..mmg pun..ada x yg x penat?
angah: kalau yg keje kena buat gak keje surirumah kan..sama aje penatnya keje ke x keje..
jun: boleh..pastu sy suruh awak basuhkan..haha
HEHE... TU BARU BASUH BAJU.. TAK CITE BAB NAK KEMAS UMAH N BILIK LAGI..
yup, betul tu rina...sebenarnya kita ni lagi banyak kerja dr pekerja opeh..
nasib baik dapat suami yang faham..tiap hari minggu bawa kami sekeluarga makan diluar..dia kata nak suh mama release tention hehehe..kesian asyik terperuk dalam umah..
fazz: betul sesangatla tu..
No: best dpt suami penuh pengertian macam tu kan..
huhu....memang betol sgt2
surirumah bukan bermakna duduk goyang atau hayung kaki laju2.erm...xde maknenye...
kijer2 rumah tu lg melambak2 compare ngn kijer2 I kat Opis(mase kije dulu2) huhuhu...Tp Alhamdulillah huby I selalu tolong2membasuh bj,sidai...tp bab lipatmelipat bagai dia x minat..tp syukurlah ade juga dia tolong2,kira bonus gak tu..
Kita ni w'pun dikategorikan "surirumah" atau Permaisuri Rumah" kene pandai n belajar buat duit masyukk dari rumah.heheh..dan kene ada plan serta Impian tersendiri...
manetau suatu hari nanti leh status "Surirumah Jadi Jutawan senyap" haaa..siapa tahu kann!!
Korang Nak belajar jahit Tak?
Aziela: sukalah term tu..permaisuri rumah..yeahh..itu gelaran lebih best didengar..
Cik Betty...huhu..Moh kita pakat tukar "surirumah" kepada "Permaisuri Rumah" ..
sedap ckit telinga dengor ye idok!!!
Glemer U...hehehe
ziela: betoll..itula gelaran terbaek penah sy dgr setakat ini..sukaaa