Assalamualaikum..
Pengalaman buruk ini dilalui sendiri oleh teman aku yang baru-baru ini makan di sebuah restoran tepi jalan yang tak berapa nak pemes iaitu "Din Kota" yang terletak di bandar Kluang.
Pada satu malam yang tak berapa nak hening, teman aku ini dengan beberapa orang kawannya singgah makan di restoran ini. Selesai makan, teman aku ni pon nak balik dululah jadi dia nak pegi bayar harga minuman dia yang cuma RM2 (teman aku tu tak makan).
Secara tiba-tiba tokey kedai tu naik hangen meroyan dan cakap total makanan semua RM26 (termasuk harga makanan kengkawan teman aku itu sekali dan kebetulan ada kengkawan dia yang dah balik dulu). Dan menuduh teman aku dan kengkawan dia tak nak bayar. Sebenarnya kengkawan yang dah balik tu dah pon membayar cuma towkey kedai tu lupa nak tick kat kertas dia.
Sebab malas nak bergaduh, teman aku pon bertanya berapa lagi yang belum bayar jadi dia akan bayarkan. Dengan kasar, towkey kedai tu cakap "ko kira sendirik ah, aku mana tahu" <--- apakah????
Lepas tu agaknya dah sedar dia yang salah kira, dia telah "menghalau" teman aku dan kengkawan dia dari restoran cabuk tepi jalan dia (bukan 5 star pon bang oiii nak berlagak!!). Dengan menghambur kata-kata kesat "korang blahla dari kedai aku, aku tak hadap pon korang makan kat kedai aku" <--- wadafol???
Ok. Aku mungkin nampak bias sebab hanya dengar cerita dari pihak temanku itu. Tapi aku memang percaya dengan temanku itu sebab dia bukan orangnya yang suka membuat cerita. Lagipon apa untungnya teman aku nak buruk-burukkan nama restoran tepi jalan yang dah sedia buruk itu?
Adakah sebab temanku itu memakai pakaian yang berlambang sebuah syarikat MLM maka dia terpaksa terima layanan buruk sedemikian?
Padahal teman aku dan kengkawannya makan dan minum di restoran tersebut bukannya atas tujuan closing prospek pon (fenomena biasa orang MLM bawak prospek gi restoran). Diaorang takda cerita pasal income ribu-riban pon kat situ. Diaorang datang memang atas tujuan nak makan dan minum.
Kalau aku kata "orang melayu kalau meniaga memang macam tulah". Nanti macam kutuk bangsa aku sendiri pulak kan? <-- macam kutuk diri sendiri pon ya sebab aku pon meniaga jugak walaupon secara online aje.
Maka, kisah ini jadikan tauladan buat semua dan diri aku sendiri jugak yang nak masuk dalam lapangan bisnes. Customer is always right tak kira apa. Kalau tak boleh tahan sabar dengan karenah customer cariklah pekerjaan lain seperti mencuci pinggan mangkuk. Tak puas hati kau seranah jelah pinggan mangkuk tu.
nota-noti:
Alang-alang komenlah sekali entri "Saya Bertudung dan Saya Sangat Pretty" tu ya :)
Maka, kisah ini jadikan tauladan buat semua dan diri aku sendiri jugak yang nak masuk dalam lapangan bisnes. Customer is always right tak kira apa. Kalau tak boleh tahan sabar dengan karenah customer cariklah pekerjaan lain seperti mencuci pinggan mangkuk. Tak puas hati kau seranah jelah pinggan mangkuk tu.
nota-noti:
Alang-alang komenlah sekali entri "Saya Bertudung dan Saya Sangat Pretty" tu ya :)
47 comments
xsemua..tapi mmg ada yang cam ni..biasa la..tapi jangan risau lau berniaga cam ni xkan tahan lama..
ini mcm org pun ada ka?eemmm...bila la nak maju mcm tu ooii...kalau layan pelanggan mcm rupa gitu....
sedih membacanya...
mentality begini perlukan kaunseling ni :)
selamat mengimarahkan ramadhan. semoga kita beroleh keberkatan yang berpanjangan.
tu la kdg2 kita tgok orng ramai makan kedai mamak..tak pernah plak dgr mamak hamun orang..sape2 pun yg p makan, semua dia panggil bos.buat malu kaum ja
sumpah tak makan dah kat restoran macma tu punya layanan.. hampeh!!
Budi bahasa dan adab itu cerminan keindahan Islam :)
tak baiknya kan... dorang tak tau ke dorang dah tolak rezeki... ye lah bila sorang sakit hati mesti kita akan khabarkan kat kawan2 yang lain yang kedai itu layan tak elok.. pastu benda tu nanti akan tersebar pada orang lain lagi.. haa kan dah menutup pintu rezeki tu...
selamat berpuasa kak
tak baiknya kan... dorang tak tau ke dorang dah tolak rezeki... ye lah bila sorang sakit hati mesti kita akan khabarkan kat kawan2 yang lain yang kedai itu layan tak elok.. pastu benda tu nanti akan tersebar pada orang lain lagi.. haa kan dah menutup pintu rezeki tu...
selamat berpuasa kak
sizuka tu macam tak sedar diri jer... heiii .. i pun pernah p oversea jugak cuma tak story la kat blog.. tak yah la kata malas nak back malaysia sbb nila setitik .. tak semua peniaga cam tu ... walaupun hakikatnya ada .. tapi kan tak kan nak kutuk2 bangsa sendiri .. kalau kita kata bangsa sendiri maksudnya kita pun bukanya baik sangat ...saya sayang bangsa saya...
Respon to Rina... mungkin ada salah faham kot .. kita dgr sebelah pihak n jarang betui ada peniaga cam tu pasal periuk nasik depa dari pelanggan .. tapi kan kalau betui la cafe din tu beperangai cam tu .. tak lama lg tutup la restoren dia... heehe....
halila ibrahim: izzati hny menyuarakan pandangan dia..bukanlah bermakna dia x sedar diri..she is a nice girl..
customer is always right - kena ingat tu..andailah kata dia ada x puas hati dgn teman sy it, sbg peniaga dia x ptt bercakap kasar mcm tu..
aduh tu memang biadap tahap bangang!
iema akan ingt kedai 2...
memang xkn makan situ la kalau g kluang...
cik ina rasa masa kawan ko datang tauke tu tengah angin kus kus. Rasa cam pelik plak dia buat cam tu, atau pun dia pernah tertipu ngan MLM, jadi kawan ko yang jadi mangsa sebab dia pakai baju MLM.
dasyhat tol tokey kedai tu...ish3
Sepatutnyer peniaga kena nice ngn customer kan?.. iskisk.. tak patut sungguh.. btw SeLamat menyambut Ramadhan buat cik betty sekeluarga yea ^___^
la..ada jugak tokey kedai yg mcm tak nak sgt rezeki dtg. agaknya tak berapa org agaknya dah kena mcm tu..
apa2 pun slmt berpuasa rina...
manusia banyak ragam ~~
alahai kesian kat kawan tu dapat layanan mcm tuh huhuhu
Astaqfirullah...malunye bila dgr org org melayu uat camtu....
minta2 la dia berubah sempena bulan baik ni...iskhhh...
klu tak abislah lingkup!
tak elok dia cmtu kan...lari rezki...anyway slamat berpuasa rina..pssttt...produk inez tu utk top 1st komentar je...ehehe...yg lelain tu hadiah misteri tp bukan inez :) oppss lupa lak...
kurang ajar giler tokey kedai tu.. die nak mampos ke... kalau orang wat dajal kt kedai die tu sisa2 jer.. bungkus teros :)
mak aiii... adab dah kurang sgt skang nie.... hurmmm... apalah cenggana berniaga camtu?
subhanallah..
sampai mcm tu sekali layan buruk perniaga tu..
PS: terima kasih kerana mengingatkan ayu ttg fadhilat tarawih ya..sangat2 suka bila ada sahabat y mengingatkan..
salam ramadhan utk rina sklrg...
ayu mohon maaf andai spjg persahabatan kita dialam maya ayu ada terkasar bahasa penulisan.
Selamat berpuasa, babe!
selamat menunaikan ibadah puasa! hahaha :D
klu cakap baik2 bukannya tak boleh setel masalah kan..
Peniaga yg amalkan sikap mcm tu tak sayang pada pekerjaannya. Nanti pelanggan lari sapa yg rugi. Sabar aje lah.
Rina selamat berpuasa ye.
ade jgk org mcm tu ek..tapi xtahulah skrg ni mcm2 sikap pelik org prince pernah jumpe..
selamat berpuasa..semoga kejadian ini tidak berulang di bulan yang mulia ini
konpem tutup tak lama lagi..
nak tnya sepupulah kedai saper ni..
sebab sepupu memang ramai dok kluang
Aikk? Mcm tu punye org pun ade ke? Pelik betul la manusia zaman skg nie. Berubahlah....jdk MANUSIA.
Sekian komen saya..
=D
kalau duduk situ closing prospek pun, dah kenapa tokeyyy tu...? period kot... hehehehehehe ~~
macam nie punya orang pun ada..dah tak sabar nak bankrup kot
suko2 dio je eh nak double2 charge....lepas tuh kurang asam lak tuh..hmm...tapi bukan semua peniaga Melayu mcm tuh..:)
izan tau sgt kedai tu... tp mmg kalau jadi benda yg sama kat kitorg so sorry lah nak dtg lagi. mmg blacklist terus!
apa2pun...selamat berpuasa buat rina~
kat tempat saya ni ada gak restoran yg guna nama Din tapi namanya Din Tom Yam layanan okey je walau orang melayu punya. Tokey tu tak de skill meniaga tu yg sesuka hati je nak hangin ngan pelanggan. Semoga dia berubah sikap kalau nak perniagaannya terus kekal amin!
Macam macam peel peniaga kan...
hampeh punya tuan kedai
apa hal tokey tue. macam tak berapa nak center je.
dah malu dah tu sebenarnye sbb die baru perasan org dah bayar.
tak lame lagi lingkup le.
hehehehe. sangat kejam. :)
jat pernah makan kat lipis,isteri dia marah2 kat suami dia sbb bg diskaun kt mmber2 laki dia 2.cam apa je pmpuan cm2.yg laki dia belanja 2 pihak atasan dia kot.siap suh pekerja dia kejar suh org2 2 byar balik yg bg diskaun 2.speechless kitorg tgk.
tudyaaa, tukang kedai . awat mcm tu huhooho (:
macam-macam perangai manusia ni ye Rina..tapi nasib baik sebelah pihak mengalah,,kalau tak takut jadi perang besar pulak..sesetengah org ni asyik nak menang je..
sungguh tak patut dier buat macam tu, datang bulan kot...hihihi..
Itula kan, kadang ada kedai yg tuan kedai uka cam hape je, kita semangat nak mkn pun terbantut...
kesian kawan akak tu. ish2. mmg ada orang mcm tu kak, tapi tak semua peniaga alh macam tu. segelintir je. ;P