HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Friday, April 29, 2011

Perkahwinan Diraja William-Kate

semoga cinta mereka kekal hingga ke akhir hayat - they lived happily ever after


Kate anak sulung daripada 3 beradik adalah anak kepada pasangan Carole dan Michael. Ibunya merupakan seorang bekas pramugari dan ayahnya pernah bertugas di bahagian pengendalian pesawat British Airways, menubuhkan Party Pieces pada tahun 1987 (sebuah syarikat online yang menjalankan perniagaan barangan penganjuran majlis - www.partypieces.co.uk ).

Selepas berita pertunangan William-Kate www.partypieces.co.uk mencatat kunjungan pelawat sebanyak 18 kali ganda.

Kate bertugas sebagai Pengurus Projek dalam perniagaan keluarga tersebut yang beroperasi dari rumah mereka sendiri di Berkshire. Antara tugas Kate adalah sebagai perancang majlis, jurugambar, pereka grafik dan penyunting ruangan di laman tersebut yang diberi nama 'Party Times'. Kate telah meletakkan jawatan sekitar Krismas tahun lalu untuk menumpukan tanggungjawab baru di istana.

Kate adalah peminat setia Kejohanan Tenis Wimbledon. Beliau cekap bermain tenis hingga seringkali dapat menumpaskan William di gelanggang. Pihak istana melihat kelebihannya itu sebagai satu 'suntikan glamor' yang boleh memperhebat acara amal yang berkaitan dengan kejohanan tenis berprestij.

Kate dikenali sebagai 'Waity Kattie' kerana setia menunggu William bertahun lamanya kerana percaya putera itu adalah untuk dirinya. Percintaan mereka pernah putus gara² Kate melihat foto Putera William berpelukan dengan wanita cantik di kelab. Kate kecewa lalu memutuskan hubungan mereka. Untuk mengubat hatinya Kate sering berpesta  dengan adiknya, Pippa. Namun akhirnya William menyedari dia telah kehilangan Kate apabila melihat foto² gadis itu gembira menikmati hidup. Akhirnya cinta mereka bertaut kembali apabila William mengundang Kate ke pesta kostum di bereknya di Bovington, Dorsett.

Persamaan Kate dan mendiang ibu mentuanya Diana selain kedua²nya dianggap seperti puteri dalam kisah dongeng ala Cinderella, mereka juga merupakan ikon fesyen dan Kate bakal menjadi idola seperti Diana.

Perbezaan antara keduanya adalah Diana sememangnya mempunyai darah bangsawan, merupakan pelajar yang biasa² sahaja ketika bersekolah dan berpacaran dengan Putera Charles selama 6 bulan sahaja sebelum mengambil keputusan bernikah pada usia 20 tahun iaitu pada 29 Julai 1981. Kate pula merupakan gadis dari kalangan rakyat biasa (tiada darah bangsawan), merupakan pelajar pintar dan mempunyai Master of Art dari Universiti St Andrew serta telah 9 tahun berpacaran dengan William sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada hari ini pada usia 29 tahun.

Seramai 1900 tetamu telah dijemput untuk memeriahkan majlis wedding of the decade ini. Kad jemputan bertulisan air emas dikeluarkan atas nama Ratu Elizabeth II mula bertaburan di atas alas kaki di Britain dan luar negara selepas mula dihantar Rabu dan Khamis lalu, dengan cop mohor diraja.

Selain mengutamakan para jemputan dari kalangan teman universiti dan kenalan rapat (berbanding perkahwinan diraja sebelum ini yang menjurus kepada tetamu negara), Putera William turut melantik anak² pekerja istana untuk berarak bersama anak² kerabat diraja sebagai pengiring utama.

Hari ini diisytiharkan sebagai cuti umum di England bagi meraikan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang namun pengantin lelaki, Leftenan Udara William Wales tidak diberi tempoh berbulan madu istimewa seperti ayahandanya dulu yang bercuti mengellingi dunia. Putera William hanya mendapat cuti 2 minggu sahaja sebelum kembali bertugas bersama Angkatan Tentera Diraja England.


Saksikan upacara perkahwinan mereka di >> SINI hari ini.

sumber: astro view dan internet


20 comments

April 29, 2011 at 8:58 AM

Semoga Berbahagia...Jangan jadi cam bapaknya..hahaha

April 29, 2011 at 9:07 AM

saya ada kat sana tengah rewang~~tengah buat bunga telur~~haha~~

April 29, 2011 at 9:57 AM

nak jadi rakyat england lah hari ni, dapat public holiday!!!! ~haha

April 29, 2011 at 9:57 AM

petang ni hadap tv...hari ini half day kerja..huhuhu

April 29, 2011 at 10:02 AM

wah..... kate curang dengan aku yerk... sdihnye... hahaha

April 29, 2011 at 10:56 AM

harap mereka berbahagia selamanya..

teringan pula tang Lady D huhu..

Anonymous
April 29, 2011 at 11:49 AM

Masih adore dengan mendiang ibunya Puteri Diana ang berjiwa rakyat. Semoga William akan terus tabah menghadapi liku-liku hidup ini.

April 29, 2011 at 12:06 PM

pergh,9taun kapel.itu sgt awesome!hu3

April 29, 2011 at 12:36 PM

pasangan yg secocok...salam perkenalan dari saya..

April 29, 2011 at 2:17 PM

kita pun dari semalam asyik tgk
chnl 707 saje...best layan :)

April 29, 2011 at 2:41 PM

wahhhh best tul kan??? kalau dah putera berkahwin dapat lak cuti hehehe.....

April 29, 2011 at 3:52 PM

kaweenn.. akak betty dah macam penulis gosip pulak heheheee.

April 29, 2011 at 3:54 PM

meriah betul nk wat sambutan wedding day mereka ni..

April 29, 2011 at 4:24 PM

wahhhh..kemain gemilang majlis mereka...


dulu mina suka tgk maknya....kate ni muka biasa....huhuhu...

April 29, 2011 at 9:58 PM

9 tahun bercinta..hebat tuh..
adasetengah org 9 hari kawen pun dah cerai..

ape pun cik betty saya ada award untuk cik betty tuntut..

http://asyraf-7.blogspot.com/2011/04/award-dari-tupai-karan.html

April 29, 2011 at 10:58 PM

x tgk pown arie nie...hehehe

April 30, 2011 at 12:18 AM

pergh..perkahwinan diraja....apapun semoga setiap perkahwinan itu akan berkekalan...")

April 30, 2011 at 7:28 AM

ko bujal tak boleh belah, kalau ko buat bunga telur, makcik plak tengah siang ayam nak wat rendang. betty depa ni macam pinang dibelah dua.

April 30, 2011 at 11:54 AM

bertambah pengetahuan tentang pasangan nie betty.semoga mereka bahagia..

April 30, 2011 at 12:52 PM

sweet oo !

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal