Assalamualaikum..
Hai, blog. Malam ini mata sangat beratlah. Sebab perut jugak sangat berat. Walaupun berat masih ada hati nak mentaip blog.
Hari kedua penuh kerehatan di Glory Beach Resort dimestikan membuat aktiviti wajib. Wajib untuk kakak becok. Kalau tidak ditunaikan dia akan membecok sepanjang hari. Entah apalah sangat seronok membuat aktiviti ini. Macam biasa. Hanya menonton anak dan bapa ketawa riang di tepian. Haha. Saya memang tidak gemar. Sebab tidak pandai berenang atau geli dengan air kolam. Sukar untuk dipastikan. Maka tak perlulah dipastikan.
Hai, blog. Malam ini mata sangat beratlah. Sebab perut jugak sangat berat. Walaupun berat masih ada hati nak mentaip blog.
Hari kedua penuh kerehatan di Glory Beach Resort dimestikan membuat aktiviti wajib. Wajib untuk kakak becok. Kalau tidak ditunaikan dia akan membecok sepanjang hari. Entah apalah sangat seronok membuat aktiviti ini. Macam biasa. Hanya menonton anak dan bapa ketawa riang di tepian. Haha. Saya memang tidak gemar. Sebab tidak pandai berenang atau geli dengan air kolam. Sukar untuk dipastikan. Maka tak perlulah dipastikan.
Detik keriangan keluarga seperti ini harus diabadikan. Harus. Tapi sayang. Tukang mentangkap gambar tidaklah begitu mahir menangkap momen. Bukan tidaklah begitu tapi memang tidak langsung. Main tangkap sahaja macam main tangkap². Hasilnya kakak becok takda dalam gambar.
notakaki:
Dalam bergembira masih menaruh simpati terhadap mangsa bencana tsunami di Jepun. Itulah. Berat mata memandang. Berat lagi bahu memikul.
16 comments
salam singgah blog cik betty
bestnya dapat cuti2 Malaysia erk??
betul cik betty..berat lagi bahu yg memikul..Rugi kamo tak terjun sekali dlm swimming pool..hehe..
samalah ngan makcik geli ngan air kolam. makcik tengah bayangkan dorang buang air kecil dalam tu. seriau.
Hari tu tanya pasal cam mana firdaus suka makan sayurkan.
masa umur lepas dia 6 bulan, makcik tak pernah bagi nestum. Selalunya makcik akan buat bubur nasi campur sayur seperti bayam atau carrot + ikan atau ikan bilis, lepas tu blend.suap dia makan.dah biasa ngan sayur, sampai sekarang dia suka makan sayur. rumah makcik memang wajib masak sayur.
Rugilah mama nya tak joint sama..yelah..jadi camera woman pun cukuplah ye..memang saat bersama family lah saat yang paling indah, namun harus ingat juga pada insan lain yang malang nasibnya..
assalamualaikum...
balik dr PD..jgn lupe sopping di nilau tau...pas tue pekena satey tulang kat seremban 2..itulah keunikan nogori sombilan
bestnya...kakNo mmg suka main air..suka sangat!..rugi tau rina tak suka main air hehehe...budak2 ni pun dah bising suh bawa p pool..sabooo je lee..
tak penah gi mandi kolam...slalunye sungai je...slalu menjadi pemerhati je
bestnya mandi kolam....
azrine: seronoklah..chkegu x pegi holiday ke?
puan kutu: kita mampu berdoa ajela utk mereka di Jepun kan..memang x minat main swimming pool lah
cik ina: ha tula kan..sy pon salu bayang benda sama..baguslah firdaus makan didik maknya..anak² sy ajar jugak mkn sayur tp bila dh berakal sikit cam tau je sayur x sedap
arianna: tula kan tp nak buat camno geli..
sahrom: tq ha for the info..siyes sy lum penah dgr psl sate tulang..sungguh katak tempurung
No: hehe..suka main air kat a famosa..kalau pool biasa x suka
sha: eh..mandi sungai kat mana..mcm kotor je sungai skarang nih..
mamaema: nak join?
la...mana cik betty nyer gambar????
terjun aje lah dalam swimming pool tu...sebabnya, dari 10 orang dalam swimming pool tu, 8 orang confirm tak geti berenang..terror berendam aje..ekekekee
nx week nak ke sana
tapi kita jadi risau pula
dok mengenangkan musim tsunami ni
saya pun tak pandai berenang. tapi kalau setakat air cetek kat sungai tu berendam jugak le..huhu~
wah.. serunya main dan berenang dengan anak tercinta.. teringat kemarin berenang dengan anakku... udah follow mbak.. baliki ya! salam
Rina..no tag tuk join contest tu ya..
memhalid: tukang tangkap gambar je..huhu
daddyziyad: geli nk berendam haha
kak ati: pantai PD tenang jer..
gB: pegi sungai mana tu..bersih x?
d'zaro: kita seru menonton aja
No: tq..nnt rina carik gambo yg sesuweii..