HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Sunday, March 20, 2011

Dulu gadisBunga..Kini..

Assalamualaikum..

Kisah 1

Hari ni hari minggu. Cik betty gunakan hari ini untuk bergotong-royong seorang diri membersih habuk dan membasuh langsir di rumah. Dengan begitu tekun dan begitu gigih dan begitu singa sebab sewaktu membersih tekun cik betty tak gemar diganggu oleh kanak² atau bapa kanak².

Selepas membersih habuk cik betty akan mengalami bengkak dan gatal hidung dan hingus meleleh kerana alahan. Itu biasa. Tapi demi kesenangan mata melihat rumah berseri cik betty sanggup menempuh penderitaan.

Tamat.

Kisah 2


Untuk melupakan kisah derita cik betty membukak blog. Hari ini cik betty berasa sungguh - sebenarnya tidak tahu apa perkataan tepat. Anda jenguklah sendiri di sini:
http://igossiprizal.blogspot.com/2011/03/blogger-rina-avail-si-ibu-comel.html.

Ini kali kedualah ada orang memperlakukan cik betty begini. Dulu abg ben tepekkan header cik betty kat blog beliau. Sekarang blog igossip pulak. Terharulah sangat cik betty. Sehingga jari menjadi kelu untuk mentaip kata.

Cik betty mula² kenal dengan blog igossip melalui gadisBunga. Seperti gadisBunga, igossip selalu memulakan entri dengan foto cantik. Suka cik betty mentengoknya. Cik betty berangan nak ambik gambar macam tu. Tapi kamera power takda. Alasan kukuh. Kalau ada pun tak reti mengguna dengan betul. Blogger igossip ini seorang pemuda. Entrinya pun banyak yang bagus dan memberi faedah untuk membacanya dengan kerap.

Terima kasih ya adik sebab penghargaan yang sangat besarlah untuk cik betty yang masih hijau kekuningan dalam dunia blogging ni. Tulisan cik betty pun selalu merapik. Ntah apa².

Cik betty tak sabar nak membagitau hal ini kepada mr papa ^_^.

Tamat.

8 comments

March 20, 2011 at 4:05 PM

waaaaaahh..No ucapkan TAHNIAH tuk rina..ada juga yang menghargai rina kan?...No harap rina tak jemu2 untuk terus berblog walau kita sibuk melayan karenah anak2 dan bapak anak hehe..

March 20, 2011 at 5:19 PM

Sama2..xseberapa pun benda yg Rizxal nak wat ni berbnding sokongn akak kat blog iGossip...Smpaikn salam kat suami k? Semoga sihat selalu

March 20, 2011 at 5:38 PM

Tahniah Betty, dorang review pasal blog awak.Makcik doakan semoga blog awak ramai pengunjung .

March 20, 2011 at 7:00 PM

Kisah 1:
rajin betul~ kalau la saya ni serajin akak.. bilik saya skrg ni dh macam tongkang pecah!! (wlaupun xpernah tgk tongkang pcah tu mcm mna)

Kisah 2:
blog akak ni xde la merapik sgt klau nk dbndingkan dgn blog sya yg mna klau ada JPBBMM (jabatan penapis blog2 merapik m'sia) konfem blog sya ni kna tutup!! hahahaha....

crita khurafat xmnkutkan sgt pun.. biasa ja suspen je byk.. (kritik lgi)
try la tgk!!

March 20, 2011 at 9:16 PM

sangat2 terharu bila ada blogger sama2 riview blog kita

tahniah yer..

March 20, 2011 at 10:01 PM

No: tula pasal..terharu..maklumlah rina kan baru..hingusan lg..

rizal: hehe..tu pun dh cukup bsr utk akak nih ha..sbb ada jugak yg perasan kewujudan akak dlm dunia blogging nih..

cik ina: tq doa dr cik ina..cik ina x lupa dtg sini pun dh cukup bg kegembiraan utk kita

minakumina: takpe..mula² kita merepek nnt lama² ok..tp baik merepek drpd mengutuk org kan..kita x kacau org dh cukup baik kan..

ayu: tula..ayu pun nnt review blog sy lah boleh? hehe..

March 21, 2011 at 12:36 PM

seronok kan tgk blogger berblog secara sihat dan support each other? that's why i love blogging!

*and blog cik betty mmg syiok dibaca pun. :)

March 21, 2011 at 5:07 PM

gB: tula..kalau ada anasir² memburuk blogger lain sgt tak suka...nk tegur boleh tp biarlah berbudi bhs kan..

*tq atas pujian ^_^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal