HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Friday, March 11, 2011

Jepun Dilanda Tsunami..Aku Memang Takut Nak Pegi Pantai

"Selepas berlaku gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala ritcher, jepun teruk dilanda tsunami. Negara² berdekatan turut menerima tempiasnya. Orang ramai diminta menjauhi pantai sekitar Labuan kerana dikhuatiri ombak besar."

Dulu zaman cik betty masih kanak² riang mak ayah selalu bawak pegi mandi-manda bersukaria dekat pantai. Tapi percayalah cik betty sangat takutkan air. Alah budak² kan. Bukan macam adik cik betty tergedik² kalau nampak air.

Selalu pegi dulu Pantai Teluk Cempedak dekat Kuantan pasal kami sekeluarga merantau jauh di negeri Pahang. Sesekali kalau melawat moyang cik betty (sekarang dah takda lagi) dekat Mersing selalulah bermandian dekat Air Papan. Pantai² kat Kota Tinggi, Pulau Kapas, Pulau Tioman, Teluk Cenang semua tinggal kenangan aje.

Sebabnya sekarang cik betty takda keberanian nak bawak anak² pegi pantai main ombak main pasir sampai hitam. Cik betty macam ngeri tengok ombak..tengok laut lepas. Cuaca dunia bukanlah menentu sangat sekarang ni. Rasa² ingin main pantai cik betty ingat nak pegi pantai buatan aje. Macam selamat sikit. Tapi nak pegi tunggulah nanti baby zikri dah besar sikit sebab mak budak pun nak main sama hua hua hua..

7 comments

March 11, 2011 at 6:15 PM

nanti2 lah bwk ur cutey kids pegi pantai.. hee.. sama2 kite berdoa utk mereka kat sana.. :)

March 11, 2011 at 7:36 PM

kita tak suka pantai sebab ia membuatkan kita rentung.. sekian makaseh! Aduhai.. Moga kita di jauhi bencana tu lagi.. Cukup la sekali dulu.. terpahat kuat dalam ingatan

APA KAU MEREPEK DALAM VBLOG TU NYAH???

March 11, 2011 at 8:47 PM

tkjot td bukak google ada amaran tsunami..Wah pantai Kota Tggi,pntai apa tu?sy skang kt pengerang.

March 11, 2011 at 10:53 PM

yaya:yalah..baru 2-3 hari lepas my friend pegi sana nk jenguk kakak dia..hope diaorang selamat

March 11, 2011 at 10:54 PM

lekit: hah selain rentung ia juga membuatkan pasir di seluar susah nak hilang..ponek eden nak mencucinya..

March 11, 2011 at 10:55 PM

Puan Kutu: kat kota tinggi bnyk pantai..mcm batu layar..pantai apatah lagi dah lupa..

March 15, 2011 at 1:25 PM

huhu...sha dok penang

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal