Assalamualaikum..
Hai, blog. Saya berasakan seperti hendak menulis resipi murtabak kenit a.k.a murtabak mini kat sini hari ni boleh? Haha. Dah kenapa pulak nak berkata² dengan blog. Sajalah. Hendak tunjuk pada risya mama pun pandai buat murtabak.
Beginilah kisahnya. Hari Sabtu kelmarin yang berlalu di rumah sahaja membuatkan saya macam terlebih rajin sikit (sebenarnya saya sangat lapar). Korek sahaja apa yang ada dalam peti sejuk. Kesian awak peti sejuk. Awak kosong. Nanti lepas saya pegi pasar tani hari Ahad awak penuh yer (hari ni sudah isnin peti sejuk gembira kerana sudah dipenuhi).
Dalam peti sejuk saya cuma jumpa:
Hai, blog. Saya berasakan seperti hendak menulis resipi murtabak kenit a.k.a murtabak mini kat sini hari ni boleh? Haha. Dah kenapa pulak nak berkata² dengan blog. Sajalah. Hendak tunjuk pada risya mama pun pandai buat murtabak.
Beginilah kisahnya. Hari Sabtu kelmarin yang berlalu di rumah sahaja membuatkan saya macam terlebih rajin sikit (sebenarnya saya sangat lapar). Korek sahaja apa yang ada dalam peti sejuk. Kesian awak peti sejuk. Awak kosong. Nanti lepas saya pegi pasar tani hari Ahad awak penuh yer (hari ni sudah isnin peti sejuk gembira kerana sudah dipenuhi).
Dalam peti sejuk saya cuma jumpa:
- ayam kisar
- kulit popiah
- telur
Cukuplah. Itu saja yang saya perlu. Lain² bahan memang telah tunggu di luar peti sejuk: bawang merah, bawang putih, bawang besar, rempah kari dan kentang.
Mula² saya buat inti murtabak dengan gembira.
Kisar bawang merah dan putih. Tumis dalam minyak sampai wangi. Sambung tumis dengan rempah kari.
Ayam kisar pun dimasukkan. Mengacau² dia dalam kuali dengan senang hati.
Turn kentang pulak (sudah dipotong berbentuk dadu tadi tapi malas nak cakap). Kacau lagi. Perisakan dengan garam dengan gula. Masukkanlah bawang besar yang telah diracik juga sebentar tadi.
Telur..sebijik suda. Gaul²kan dalam kuali sebentar. Siap dah. Saya suka masak mudah dan makan mudah.
[budak baju biru ni memang suka sibuk]
Tapi rupanya tak mudah. Part ini paling membosan. Walaupun saya bukan membuat kulit murtabak dengan sendiri hanya guna kulit popiah tapi sungguh mencabar untuk masukkan inti dalam kulit dan lipat²nya macam lipat saputangan. Kerja ini lambat. Sudah berpeluh sakan di dapur. Alangkah bagus kalau dia boleh terlipat automatik. Haha. Tak mungkinkan. Baiklah.
Sapu telur atas kulit popiah. Taruh inti. Sapu jugak telur sikit kat tepi kulit jadi bila sudah lipat dia melekat dengan baik. Lepas lipat goreng dalam kuali yang sudah disapu dengan minyak yang sungguh sedikit (sikit sahaja..ala² minyak macam buat lempeng sedap).
Tadaaa..walaupun nampak tak menyelerakan cukuplah untuk makan² dengan bahagia di samping mr papa, kakak sibuk dan baby zikri. Jangan minta mama buat murtabak ini lagilah.
[punyalah penat aku melipat tapi banyak ini sahaja yang dapat]
17 comments
comel2 jer murtabak tue...memang sedap..dah pernah cuba buat dulu...lambatnyer tak buat murtabak nie...
wahhh sedapnya...rajin ur girl ke dapur..dh jadi gadis nnt mesti leh ringan tgn bantu ibu kt dapur..
Betty cilok resepi ye.ambi manisnya senyuman anak gadis ko tu.dah besar boleh jadik model ni.fotogenik.
nmpk sedap..mitak satu boleh??hehe
shah-kayrul:haha..sy hanya buat 5 thn sekali
purpleyellow:hah..tula x sabar tunggu dia besar nak suruh buat keje dapur..bolehla mama tidur sambil blogging..haha
cik ina:eh..malulah..resipi ni biasa saja..budak baju biru tu selalu perasan dia comel..
puan kutu:hehe..tipu kan..nampak tak sedap tp sebenarnya bolehla tahan juga sedap..
ASSALAMUALAIKUM..
saya nak pinjam model baju biru tue buat murtabak kenit tue boleh tak??? hehehehehehehe
Askum...jom klik like FB Fanpage dan jd blog follower untuk mendapatkan update tudung2 terkini..
wahh my fave! hehe yum :)
zaira.aku penah buat ni dulu taun lepas. berkobar beli sepeket kulit popia. lepeh tu sampai sekarang kulit popia tu tersadai dlm freezer tersenyum bila tgk aku bukak tutup amik brg hehe..
nak buat popia tp selalu lupe nak beli brgnya.. haishhh
emm nampak mcm sedap la.. nanti2 nk try jugak la...
wahh nampak sedap...nak cubela
"resepi mudah kan..bebudak suka tu..tp renyah jugak sbb nak buat inti tu pun sepasal kan..nak lipat2 ala2 lipat napkin lagi.akak kalau buat tak cukup 10 keping,sbb anak beranak 7 org x 2 keping sorang..mau 14 belas keping tu..ish..banyak tu kan...itu pun kadang2 tak cukup,maklum lah ank2 tgh membesar..mkn buruk.."
Rina: nanti anak dara u dah besar senanglah..boleh serah tugas 100 peratus kat dia eekk..:)
mcm sedap je..nk rase blh?? haha
sahrom:awak nk pinjam buat apa? maaflah tak boleh dipinjam..haha
ghumaisha:nnt sy klik..
ephy:murtabak bkn favourite sy tp buat aje demi kegembiraan keluarga hehe
dali:semangat berkobar mcm akulah jugak..tp cepat sgt dia padam kan semangat tu..pelik betul
halila&sha:cubalah..itu resipi org tak pandai masak haha
piasara:anak² suka makan bestlah masak..anak sy tak suka makan..sbb tu ibu dia jd pemalas (walhal memang pemalas) hehe
ariana:haha..harapnya dia rajinlah..
nana:rasa pakai mata jelah hehe..
naik kecur plak No tengok murtabak ni rina..lapoooooo nyeeee..pandai la rina ejas2..No langsung tak pernah buat, makan je tau hehe..
No: heh..no lg tere masak rina tau..tgk kat blog No mcm² resipi ada..